Tiga empat tahun kebelakangan ni aku suka sangat membeli majalah. Beli bukupun suka juga especially yg berkaitan dengan education. Aku suka baca majalah tentang wanita dan masakan. Biasanya setiap bulan at least sepuluh buku dan majalah yg mesti aku beli. Kalau majalah, aku langgan je dgn Mr. Chong (apek Cina yg ada kedai ubat kat Manjung dan diapun jual paper + majalah skali
~nanti senang-senang aku snap gambo dia dan buh kat sini.) Dgn Mr Chong ni senang aku berkira. Oder saja. cukup bulan bayor. kekadang dua bulan br bayor...tak ada bunga tau!!!!! Aku siap ada buku khas utk catat hutang dngn dia.
~ tak payah snap gambo ye... malu...Tapi masalahnya, buku dan majalah tu dah bertimbun-timbun. Nak buang? Sayang pulak rasanya. Nak jual? pun sayang. Nak bg kat orang, org lain pun ada. Ada jugak kengkawan yg syorkan bawa ke sekolah, boleh jugak eh... Buat library?
Tapi dah banyak sangat.....
atas sekali: Satu kotak penuh dengan mastika gambar no 3: dah melimpah ruah dr kotak
bawah sekali: kat rak buku pun penuh ~ banyak majalah anjung seri.
Atau ada kengkawan di alam siber ni yang berhajat???? Silalah.... bg alamat...
Salam kak lin,
ReplyDeleteTerkejut masuk rumah kak lin..dah berubah wajah rupanya...
Saya tak minat beli majalah pasal tu la..Bila dah bertimbun macam tu..tak tahu nak buat macam mana..nak buang sayang, nak simpan, rasa semak pulak. Ada tak ada pun saya beli majalah resepi macam "rasa". Majalah tu saya simpan sebab semuanya resepi kat dalam tu.
Saya lebih gemar beli buku sebab buku memang kita akan simpan.. Dah beli mahal-mahal tak kan nak buang pulak kan?
Kak Lin jual semula pada recycle semua majalah yang dah tak mahu tu..tinggal yang betul2 nak simpan aje.. Sebelum tu check dulu kot2 ada artikel yang bagus2, gunting dan simpan dalam folder..
Tirana,
ReplyDeletebagus juga idea tu. hr tu terlihat dlam blog khamsiah yusof( tirana mesti kenal) hubby dia kumpul macam2 & letak dlm album.
sy mmg simpan segala majalah yg saya beli kak. nak buang syg, nak jual utk recycle lg la syg. akak beli je almari or kotak plastik, simpan semuanya. pasti berguna untuk anak cucu suatu ari nnt
ReplyDeletedayah,
ReplyDeletethankx for t good idea...
erm mcm dilema mama n papa neddy jerk nih...hehe..tp ari tu neddy n anggerek dh settle kan dilemma dorg...kitaorg dh jual kt org nk beli old newspaper dh....cian mama& papa, coz sume magazine n bools kt umah mama, neddy punyerr..
ReplyDeleteneddy, bila ada kita tak kesahpun nak baca atau tengok.. bila nak buang baru rasa sayang.
ReplyDelete