Sunday, August 3, 2008

Pecal Minangrawa


Dah lama rasanya tak masak something special. Hujung minggu boleh. So aku ambil kesempatan untuk buat pecal. Senang je masaknya. Cubalah.
Bahan-bahan:
Kuah pecal: kacang RM1
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili kering
udang kering
air asam jawa
garam + gula
Sayuran: kacang panjang
kangkung
taugeh
pucuk ubi
jantung pisang
timun
Tauhu - digoreng
Cara membuat pecal:
1. Kacang, bawang, cili kering, udang kering digoreng tanpa minyak. tumbuk halus (blend kering pun boleh)
2. Gaulkan bahan tadi dengan air asam jawa (sebaiknya guna air masak) + gula + garam. Jadilah kuah pecal.
3. Sayuran dicelur.
4. Gaulkan kuah dan sayur serta tauhu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...