Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari khamis...
masih bersekolah..
anak-anak dah masuk 2 hari bercuti sakan..
tapi hari ini , di sekolah aku ada majlis mohon restu pelajar tingkatan 5. Mereka membaca yassin dan bersolat hajat.. memohon kepada Allah moga dimudahkan urusan sewaktu peperiksaan SPM nanti...
Jumaat ... sambutan perayaan deepavali ( bagi yang menyambutnya);
nak ke mana? nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan?
tak tau ke mana destinasi?
bila jalan-jalan ke blog kawan-kawan, ada yg nak ke zoo, nak ke cameroon highland, nak ke padang besar, nak ke johor..
tp banjir la... cuaca tak menentu sekarang ni... jalan mesti jammed! kalau duk kat rumahpun ok gak...
"boleh masak-masak"... kata suamiku...
"kita cat rumah la"
"atau kita pegi mandi kat teluk batik..."
"atau kita pergi memancing"
"balik kg, mandi sungai"
apapun yang dilakukan, cuti boleh dimanafaatkan dengan perkara berfaedah...
Thursday, November 4, 2010
Wednesday, November 3, 2010
...bukan bermakna cikgu benci...

Assalamualaikum... dan salam sejahtera..
Membaca tajuk .. memang sengaja di "emo" kan.. perihal anak muridku..
mamat.. (bukan nama sebenar).. adalah seorg drp 19 orang anak muridku.. seorang pelajar tingkatan empat yang kurasakan seorang pelajar yang baik, sopan, hormat guru tetapi agak pendiam.
aku mengajarnya subjek fop.. apa benda tu? fundamentals of programming.. subjek elektif spm.. pelajar vokasional yang mengambil kursus computer programming mesti mengambil subjek ini dan satu lagi subjek pdt ~ programming and development tools.
sebagai guru yang dah lama mengajar (walaupun baru mengajar subjek ini.. dulu aku cikgu math) aku faham benar dengan kerenah pelajar... bak kata pepatah, sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya. samalah dengan si mamat ni... dua tiga bulan pertama, ok lagi... dalam kelas teori ok.. bila ada assessment, semua siap, lengkap, tepat... tetapi bila masuk bulan seterusnya aku tengok dia banyak tidur dalam kelas ( makmal komputer beraircond~ sejuk ~ lagi sedap dia tidur).. bila ada kelas petang, jarang hadir... pelbagai alasan diberi..
"mamat pergi hospital cikgu!"
"mamat sakit perut tadi"
"mamat ada latihan olahraga"
"mamat ada latihan kawad"
.... macam-macam...
"cikgu fikir kalau awak rasa tak sesuai ambil kursus ni, lebih baik awak tukar sekolah harian biasa ... sebelum awak naik form 5 tahun depan"
masa berlalu..
"kenapa awak tak datang kelas saya hari khamis?"
"saya tolong cikgu sumi (bukan nama sebenar) prepare jamuan blog"
"kenapa tak datang jumpa saya hari jumaat?"
mamat hanya mendiamkan diri...
"hari tu saya buat assessment, mungkin kelas saya tak penting bagi awak.."
mamat masih mendiamkan diri..
.. dan semalam aku suruh dia siapkan 2 assessment sekaligus memandangkan minggu depan tak pasti lagi dia hadir sekolah atau tidak.
"mamat, take your time.. saya tahu anda boleh siapkan kerja awak sebaik mungkin.. tak tahu? bertanya.. jangan diam membatu.. lepas tu awak tidur.."
aku bertambah geram bila mamat hanya membatu menghadap skrin komputer tanpa sebaris coding pun....
bertanya kawanpun tidak, bertanya aku.. apatah lagi..
akhirnya, aku terpaksa bagi klu supaya mamat dapat menyiapkan tugasannya. itupun tak siap juga sebab dengan selambanya dia mengemas buku dan keluar kelas sebab loceng rehat dah berbunyi...
.. dan akhirnya aku terpaksa warning dia!
(biar hanya aku dan mamat saja tahu apa warning tu)
hari ini dia datang kepadaku.. juga dengan selamba (tanpa rasa bersalah)..
"cikgu, saya nak print yang semalam tu..."
aku jadi tak terkata...
tetapi sesungguhnya aku nak semua pelajarku berjaya dalam hidup
aku ingin mereka tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan pelajaran
nasihat dan leteran bukan bermakna cikgu benci kamu....
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ni dah 3 November...Bila dah masuk bulan november bermakna dah hampir sangat dengan cuti panjang persekolahan... walau masih ada lagi 2 minggu ++ untuk bersekolah, itu sekadar dalam kalendar je. Hakikatnya hari ni dah ada sekolah yang bercuti 5 hari sempena Raya Deepavali... then 1 minggu sekolah dan minggu depannya dah nak Raya AidilAdha pulak... so, mood cuti telah pun bermula seawal minggu ni kerana semua peperiksaan telah selesai last week.. kecuali yang ambil exam SPM.
Sebut pasal cuti, maka sebagai guru la kan... nak share dengan korang semua bab takwim persekolah tahun depan, 2011... yang utama ialah bila time cuti dan peperiksaan.. aku upload dulu takwim sekolah n cuti.. bila-bila free, aku tempek pulak jadual exam yg penting..
1. Kumpulan A untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
Okey, kepada sesiapa yang nak merancang "sesuatu" tarikh , cthnya 01.01.11(sabtu) 11.01.11(selasa) 11.11.11(jumaat) 20.11.2011(ahad) silakan le... hehehehe
*****.. yang pasti tahun 2011, ikhwan akan menghadapi exam PMR...

2. Kumpulan B untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.
Kalendar Persekolahan Tahun 2011
| Kumpulan A | ||||
| Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
| I | Hari Persekolahan | 02.01.2011 | 31.01.2011 | 22 |
| Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 10.03.2011 | 8 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 11.03.2011 | 19.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 20.03.2011 | 31.03.2011 | 10 | |
| Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 26.05.2011 | 20 | |
| Cuti Pertengahan Tahun | 27.05.2011 | 11.06.2011 | 16 | |
| | | | | |
| II | Hari Persekolahan | 12.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
| Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 25.08.2011 | 19 | |
| Cuti Pertengahan Penggal ke II | 26.08.2011 | 03.09.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 04.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
| Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 17.11.2011 | 13 | |
| | | | | |
| Cuti Akhir Tahun | 18.11.2011 | 31.12.2011 | 44 | |
| Jumlah | 288 | |||
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
| Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||
| Kumpulan B | ||||
| Penggal | Cuti dan Hari Persekolahan | Mula | Akhir | Hari |
| I | Hari Persekolahan | 03.01.2011 | 31.01.2011 | 21 |
| Hari Persekolahan | 01.02.2011 | 28.02.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.03.2011 | 11.03.2011 | 9 | |
| Cuti Pertengahan Penggal | 12.03.2011 | 20.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 21.03.2011 | 31.03.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 01.04.2011 | 30.04.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.05.2011 | 27.05.2011 | 21 | |
| Cuti Pertengahan Tahun | 28.05.2011 | 12.06.2011 | 16 | |
| | | | | |
| II | Hari Persekolahan | 13.06.2011 | 30.06.2011 | 15 |
| Hari Persekolahan | 01.07.2011 | 31.07.2011 | 21 | |
| Hari Persekolahan | 01.08.2011 | 26.08.2011 | 19 | |
| Cuti Pertengahan Penggal ke II | 27.08.2011 | 04.09.2011 | 9 | |
| Hari Persekolahan | 05.09.2011 | 30.09.2011 | 20 | |
| Hari Persekolahan | 01.10.2011 | 31.10.2011 | 22 | |
| Hari Persekolahan | 01.11.2011 | 18.11.2011 | 14 | |
| | | | | |
| Cuti Akhir Tahun | 19.11.2011 | 01.01.2012 | 44 | |
| Jumlah | 288 | |||
| Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am | 210 | |||
| Jumlah Hari Cuti Penggal | 78 | |||
Okey, kepada sesiapa yang nak merancang "sesuatu" tarikh , cthnya 01.01.11(sabtu) 11.01.11(selasa) 11.11.11(jumaat) 20.11.2011(ahad) silakan le... hehehehe
*****.. yang pasti tahun 2011, ikhwan akan menghadapi exam PMR...
Tuesday, November 2, 2010
STRESS....
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Wah! Baca tajuk je dah macam semacam je..
Bukan apa.. sesekali perlu jugak stress kan?... dan jangan hairan bila cikgu akan selalu stress...
Ya, memang hari ini aku stress sesangat... mana tak stressnya.. semuanya kerana pelajar "kesayangan"ku seramai 19 orang tu.. tak ramai tapi tak tahulah..
final exam dah berlalu.. markah..??? average je.. tak scorepun... suruh siapkan assessment yang ciput tu pun.. macam tak pernah belajar..

urghhh... tension, stress dibuatnya...
untuk cool down,
jom ambil air sembahyang n solat....

Monday, November 1, 2010
Aku dan isnin...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari Isnin yang ceria dan bersemangat buat diriku..
aku habiskan waktu dengan menanda kertas peperiksaan pelajar... tepat masanya masuk ke kelas menggantikan kawan yang tidak dapat hadir.. sakit gigi katanya...
.. dan hari ini aku terpaksa tegas dan "tinggikan suara" dengan pelajarku...
kenapa?
akuterpaksa... aku perlu lakukan itu kerana dah selalu budak ni buat hal...
dengan sengaja ponteng kelas aku walau "kerja tu" boleh dilakukan selepas selesai waktu sekolah...
aku perlu tegas kerana budak ni baru form 4.. naik form 5 nanti, naik tocang pulak...
selesai sekolah..
"aku tengok tayar kereta tu dah pancit, so apa lg..."
"dah kata lama.. tukar baru.."
"mak, balik ni boleh tak buat telur dadar?"
Hari Isnin yang ceria dan bersemangat buat diriku..
aku habiskan waktu dengan menanda kertas peperiksaan pelajar... tepat masanya masuk ke kelas menggantikan kawan yang tidak dapat hadir.. sakit gigi katanya...
.. dan hari ini aku terpaksa tegas dan "tinggikan suara" dengan pelajarku...
kenapa?
aku
dengan sengaja ponteng kelas aku walau "kerja tu" boleh dilakukan selepas selesai waktu sekolah...
aku perlu tegas kerana budak ni baru form 4.. naik form 5 nanti, naik tocang pulak...
selesai sekolah..
"aku tengok tayar kereta tu dah pancit, so apa lg..."
"dah kata lama.. tukar baru.."
"mak, balik ni boleh tak buat telur dadar?"
Subscribe to:
Posts (Atom)