Monday, March 16, 2015

Selamat bercuti semua

Salam sejahtera semua

Hari ini Isnin 16.3.2017
Selamat meneruskan percutian buat anak-anak, cikgu-cikgu...
Walau bercuti, anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR tetap ke sekolah mungkin dua atau tiga hari. Kelas tambahan..
Bagusla begitu.. mungkin susah sangat nak bagi cuti... setakat seminggu... apalah sangat. Waktu sekolahpun dah banyak extra class. Biarla waktu cuti diisi dengan perkara lain pulak.

Cuti kali ni memang agak berbeza kerana kami tidak bercuti dalam erti kata cuti. Ye lah.. anak2 yang ada kat rumah ni dua-dua nak ambil peperiksaan, Seorang SPM seorang lagi UPSR.
Walau apa juga aktiviti di waktu cuti... selamat bercuti buat semua..

Wednesday, March 11, 2015

Aku, en suami dan gastrik

Salam sejahtera buat pengunjung blog saya yang saya sanjungi...

Kekangan masa membuatkan saya agak leka untuk update blog ini. Bukan lupa. Sentiasa di hati.
Hari ni rabu 11.3.2015 saya bercuti.
Cuti rehat khas bagi kakitangan kerajaan bergelar guru. Rehat kerana jaga en. Suami yang tidak sihat. Gastrik yang teruk.
Sebenarnya semalam 10.3.2015 saya dah bawa dia ke emergency hospital. Nasib baik hospital kat sebelah rumah je.
Lepas maghrib en. Suami dah tak tahan menanggung sakit. Tiba di hospital.. terus buat ecg. Kot2 ada masalah jantung. Menunggu lagi slps doktor Taqiuddin memantau, mengambil darah dan memeriksa perut. Disebabkan ini kali kedua nak pergi ER maka saya dah bagi makan en. Suami dan perut saya juga.. hehe..  saya bawak bekal roti, kurma dan air. Macam nak berkelah. Bukan apa.. tak payah saya kelam kabut cari kedai jika en. Suami nak makan atau minum. Haaa.. satu tote bag penuh siap tisu sekali. Sbb lps buat ecg tu.. banayak gel melekat sana sini... kena lap sendiri..

Alhamdulillah slps diberi ubat "kapur" tu.. saya lihat en. Suami lena tidur dan sayapun nak mencari tempat duduk melabuhkan pinggang sebentar selepas hampir 2 jam berdiri. Oh! Saya dah terlena rupanya bila handfon saya berdenting...

"Aku ada kat bilik pemerhatian hari tu"
Teks en. Suami saya baca sambil mengesat mata. Dengan pengalaman yang ada saya dapat melepasi makcik guard hospital ke bilik pemerhatian..

dan macam hari tu juga..
"Abg dah boleh balik. Saya bagi ubat. Jika ada sakit lagi.. datang lagi.."
Alhamdulillah. Cuma gastritis.
Nampaknya saya kena lebih "jaga"  makan en. Suami dan pastikan dia tak stress...
semoga Allah menyembuhkan sakitnya.. Aamiin..


Friday, March 6, 2015

Mac datang lagi

Salam sejahtera buat semua

Istilah penat akan sentiasa ada dalam diri manusia.
Namun.. sebagai manusia yang diberi akal.. semua tu normal.
Letih, bosan, penat, susah.. benci..
Semua tu istilah negatif yang perlu kita hindarkan.

Kenapa bila kita penat.. kita akan menyesali hidup.
"Penat buat kerja, tp yang dapat nama... orang tu jugak."
"Penat je.. tk ada hasil"

Saya tulis tentang penat kerana rasa penat tu datang dari pelbagai sudut
Kita ambil positif setiap yang kita lakukan
Kita buat apa yang kita suka asalkn tidak mengganggu orang lain..
Asalkan tidak merosakkn muka bumi ini.
Asalkan kita bahagia... dah dikira ok.

Mac datang lagi. Bulan yang sangat bermakna dalam hidup saya.
Bulan yang menemukan saya dengan jodoh saya.
Alhamdulillah. Tahun ni 20 tahun saya menjadi isteri. Bukan sedikit tanggungjawabnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...