Monday, March 31, 2014

Hari terakhir di bulan Mac 2014

Salam sejahtera buat semua..
Tidak sedar bahawa kita telah melalui 90 hari di tahun 2014 ini.
Pastinya hari-hari yang kita lalui itu penuh peristiwa suka, gembira, tawa, duka, lara, sedih, takut dan banyak lagi perasaan yang tidak dapat dinukilkan.

Banyak sudah peristiwa hitam melanda negara kita.. Banyak kemalangan ngeri berlaku. Bot karam. Pelajar mati lemas. Kemalangan jalan raya dan terkini tragedi pesawat MAS MH370.

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Kesedaran perlu ada pada setiap manusia di dunia ini akan kemungkaran yang dilakukan.
Semoga hari-hari mendatang menjadikan kita insan yang semakin tabah.
Tiada yang lebih indah di dalam hidup ini jika kita memohon dan berserah sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.
Cinta pada Allah adalah cinta sejati yang boleh dibawa hingga ke akhirat...

90 hari berlalu sepatutnya memungkinkan kita bermuhasabah diri...

~Salam sayang~
Hazlin Nazri
Seri Manjung
2014.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...