Salam sejahtera semua..
Saya memang sangat minat membaca novel. Tetapi kekangan masa yang ada agak membataskan minat saya.
Saya telah baca novel ni. Sangat tebal dan saya terpaksa habiskan hampir tiga bulan... Tapi ceritanya sangat menarik hati..
Jom kita jeling sikit sinopsisnya..
Kisah kehidupan yang penuh
warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di
dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas.
Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang.
Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya.
Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang
ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki
Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang
rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia
harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?
“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak
payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada
rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam,
harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau
tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu
maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat
dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa
mati!”- FIRMAN
“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of
God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re
unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling
memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa
mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN
“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain.
Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas
dengan seorang lelaki…”- HARIS
Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia
cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai
seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS