Salam sejahtera semua
Hari ini hari penuh makna buat semua yang bergelar guru...
pelbagai makna, erti dan persepsi serta tanggapan
yang dibuat
tentang siapa dan apa tugas guru
dari tugas mendidik, membimbing, mengajar
sehinggalah kepada tugas membasuh, menyapu, memanjat, menaip, menangkap
merotan, memotivasi...
aghhh..
banyak lagi..
semua itu adalah asam garam kehidupan bergelar guru..
namun semua penat jerih
seolah-olah hilang
tatkala menerima berita kejayaan
anak didik
baik dalam kerjaya, kehidupan berkeluarga mahupun apa jua..
rasa bangga juga terselit di hati
"pernah dulu dia ni sayalah yang ajar"
dan lebih bermakna lagi bila setiap tahun
anak didik ini tidak pernah melupakan gurunya..
SELAMAT HARI GURU
itulah baris keramat
yang mendatangkan sebak di dada
lantas menitiskan air mata syahdu
bahawa
seorang guru tetap di ingatan anak didiknya...
sesungguhnya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.