Thursday, April 21, 2011

Pengalaman itu adalah guruku....

Salam sejahtera semua..

Hari dah petang.. baru je balik dari kelas petang. Perghhhh... terasa penatnya sebab faktor usia yang semakin meningkat. Walau penat, terasa berbaloi kerana anak didik semakin faham apa yang diajar sebab hampir setahun setengah bersama.. aku sebagai guru, bukan sekadar tahu nama je... sekurang-kurangnya kena tahu asal usul dan mereka datang dari keluarga apa...

anak didik cuma sembilan belas orang. sepuluh perempuan dan sembilan lelaki.

mendidik anak remaja tidak semudah mengumpan anak kecil. Kalau anak kecil tidak mahu buat kerja sekolah, kita boleh ugut sikit atau beri je upah gula-gula... Remaja 16, 17 tahun ni sangat sensitif... punya personaliti yang sukar dimengertikan.. Pemikiran mereka tentang masa depan, berubah-ubah.

aku yang dah berusia hampir 43 tahun ni kadang-kadang perlu menjadi seperti remaja usia 17 tahun. supaya mereka tidak segan silu menyuarakan masalah mereka. tapi ada ketikanya  kita perlu tegas supaya mereka hormat kita sebagi guru dan orang yang lebih tua dari mereka..

.... aku sesekali terkenang juga kerana aku juga pernah menjadi remaja seperti mereka... hehehe

4 comments:

  1. hurm, saya pun dah nak masuk 40..huhu

    ReplyDelete
  2. btl.sy ada experience jd tutor kt ipta.sy ajr bdk final year.nk ajr diaorg x lh ajr cam ajr bdk2 kecik.ibarat menarik rambut dlm tepung.rambut x putus,tepung x berselerak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...