Friday, April 29, 2011

royal wedding 2011




lagi gambar yang didownload dari google..

Prince William berkahwin dengan  Catherine Middleton di Westminster Abbey.
selepas ini mereka membawa gelaran
  Duke and Duchess of Cambridge… 

Wedding of the century..

Salam sejahtera semua...

masa entri ini ditulis, satu dunia tertumpu menyaksikan perkahwinan pewaris takhta diraja Inggeris... Prince William and Kate Middleton.

 Happy couple..

 teringat masa ibunya, Puteri Diana berkahwin dengan ayahnya.. 
sangat comel...
 Namun jodoh Diana bersama Prince Charles tidak panjang
bila Diana meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya
di Paris pada 31 Ogos 1997.

Thursday, April 28, 2011

Tiba hari yang dinanti...

Salam sejahtera semua..

hari ini pnp ditangguhkan kerana meraikan persaraan rakan guru kanan kemanusiaan di sekolah... En. Mohd Sulaimi b Md Islam..
Sebelah pagi, majlis berlangsung di dewan sekolah, khusus untuk para pelajar...manakala sebelah tengahari diadakan di restoran di sitiawan..

bila tengok kawan-kawan dah mula pencen, maka aku terkenangkan servisku bersama gomen ada 13 tahun lagi... tak dapat lagi bayangan bagaimana pulak bila tiba giliran aku pencen...ada ke orang nak raikan? agaknya time tu dengan umur 56 tahun, bagaimana agaknya figure aku? hehehe


 pentas dihias indah menanti ketibaan yang diraikan..
ada lampu di pelamin belum dinyalakan...



 pandangan dari pintu masuk utama..


semua sedang bersedia menanti ketibaan En. Sulaimi..

 
.... banyak lagi gambar dan peristiwa...
tunggu

Wednesday, April 27, 2011

Buat baik berpada-pada..... buat baik dibalas baik

Salam sejahtera semua..

hidup di dunia hanya sementara.. sementara ada hayat, kita cuba buat yang terbaik. Buat baik kepada manusia, kepada alam, kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini...

Namun adat dunia, tidak semua orang yang suka kepada kebaikan.. maka wujudlah hasat dengki, iri hati dan mudah cakap.. busuk hati...

Allah menduga manusia ini dalam pelbagai bentuk... kaya raya, miskin, senang, susah, pemurah, kedekut dan macam-macam lagi.. dugaan yang didatangkan sebenarnya menguji keimanan kita.. dari situ lah Allah sediakan syurga dan neraka.. berbuat baik dan mendapat pahala.. insyaAllah syurga Allah terbuka luas untuk kita... Jika kita baru berniat untuk buat baik dan mendapat redha Allah, malaikat dah catatkan kebaikan kita... namun niat berbuat jahat tidak akan dicatat sehinggalah kita melakukannya..



 baru niat nak buat baik, Allah dah sediakan rezeki buatku..
Alhamdulillah...
bukan aku riak dengan kebaikanku.. cuma aku percaya janji Allah itu tepat dan pasti...

sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk..
rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
muda sebelum tua,
sihat sebelum sakit,
lapang sebelum sempit,
kaya sebelum miskin,
hidup sebelum mati.

                                                                                           ***sekadar berkongsi pengetahuan.....

Tuesday, April 26, 2011

Email dari nuffnang...

Salam sejahtera semua

dah lama tak buka email... hari jumaat 22/4 dapat email dari nuffnang. Jarang sekali dapat email dari En. nuff ni...
bukan.. bukan dapat duit..
baca je lah... nanti join tau...


 Dear Nuffnanger,

We’re sure most of you must have heard of our sister company, the social media community Churp Churp by now, since we have been talking about the little blue bird a lot lately. The little blue bird has been busy preparing something big lately, and we’re really excited to share it with you guys!

Introducing The Great ChurpChurp Race!





Ready, set, go! With The Great Churp Churp Race, you’d be taking on fellow Churpers and your own friends in a mad dash to the finishing line. Awesome prizes such as an iPad 2, a BlackBerry Bold 3 and an iPod Touch await the top 3 Churpers, and the next 100 Churpers in line will also win a pair of complimentary movie vouchers thanks to TGV Cinemas!

Here's how you collect your KMs through to speed up and overtake the rest  in the face;
1. Bring more friends to join Churp Churp and get  +100km for every friend invited!
2. Share the rewards on Churp Churp’s Social Share campaigns with your friends and get  +1km for every unique click!

Head on over to our blog post here for more information, and do sign up with Churp Churp for more exciting things like this to come! :D

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

 okay , tunggu apa lagi? manalah tau boleh menang hadiah-hadiah semua tu.. hehehe

Syabas dan tahniah!

Salam sejahtera semua... 

Hari ini, sekolah kami menjadi tuan rumah kepada program kawad kaki go peringkat daerah manjung.. memang dah biasa buat.. hampir setiap tahun...
sekolah kami diwakili oleh kadet polis lelaki dan perempuan..

 segak bergaya..


 sedang diadili pakaian, kasut, asesori dan ...


 wakil dari smk seri manjung


wakil smk nan hwa

alhamdulillah... kedua-dua pasukan kami berjaya menggungguli kejayaan..
tahniah kepada guru, pelajar dan semua...

 senyum cik azalilah, memberi semangat buat anak didik..

Tanda 100 hari sebelum menjelang kematian…

Salam sejahtera semua..

seawal pagi tadi, masa sedang bersiap untuk ke sekolah, Wardina Safiyya dan M Zul (pengacara rancangan MHI tv3) ada mengumumkan pulangnya kerahmatullah ayahanda sdr Ally Iskandar (juga pengacara MHI tv3) pada malam semalam.. 25/4/2011.. Al-Fatihah...

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati... berjalan-jalan pulak menjengok blog rakan-rakan, terjumpa pulak artikel ni.. jom share!


setiap yang hidup pasti merasai mati...


TANDA 100 HARI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sumbangan: Hamba Allah dan dipetik dari buku – 100 Hari Menjelang Mati.

Monday, April 25, 2011

Drama Juvana di TV3

Salam sejahtera semua..

Drama Gemilang dah habis minggu lepas. Sebagai gantinya, drama Juvana menyusul. Macam best je.. okay la.. tengok pelakonpun ok...

Para pelakon dalam Juvana ni ialah Bront Palarae, Izreen Azminda pelakon mak tiri Fasha dalam Samson Delaila), Zahiril Adzim, Irfan Roslan dan Beto Khusairy.




Sinopsis cerita: 
Daim Yahya seorang remaja yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya.
Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Daim ditahan di situ hinggalah dia cukup umur kemudian dia akan dibicarakan di mahkamah. Dalam drama ni Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak  warden yang jahat, Raja tak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.

 Daim kemudian mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda. Cikgu Zakiah ni jadi baik le dalam drama Juvana ni. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan rakan samseng yang ada di sekolah tu. Kesian Daim .


Mouse not mice

Salam sejahtera semua

mouse not mice? 
saja je buat gempak konon.. hehehhhh

saja nak tayang gambar..
thanks en. gugel..

 bukan tikus tu nak ngap lappy... tikus tu.. tetikus..


jom layan bentuk mouse yg lain...



 ada berani????


 cute!




kreatif kan???


Baju batik ala-ala manja?

Salam sejahtera semua


inilah baju batik(?) yang akan digunapakai oleh kami untuk tahun ni..
setiap tahun, mesti ada satu baju rasmi untuk kami pakai
apa saja event penting di sekolah.. kami mesti seragam
.. maka sayapun sibuk le menjahit...
hehehe

corak baju yang alal-ala manja ni diberikan oleh seorang rakan..

Sunday, April 24, 2011

Papan kunci

Salam sejahtera..

hari Ahad yang cuti ni seronok berblogwalking.. selain menjengok blog rakan-rakan blogger, tak salah kalau menambah koleksi ilmu... Kalau membaca jambatan ilmu, berblogwalking jambatan apa ye?

melihat-lihat design papan kunci komputer.. ermmm :)

 flexible keyboard


 glass keyboard


 gold keyboard



 scrabble keyboard

virtual laser keyboard


okay, next time kita berkongsi ilmu lagi okay..

Saturday, April 23, 2011

Kompang dan bunga manggar

Salam sejahtera semua..





 

                                                                             kredit until miss lina for the photo

Aku tersenyum sendiri bila melihat semua foto yang aku upload kat atas... bukannya apa.. hari ni kena bersekolah ganti untuk raya Deepavali... sambil mengganti hari cuti, cikgu sekolah (bukan semua) mengambil kesempatan untuk bermesyuarat untuk majis persaraan seorang rakan minggu depan.. kebetulan aku antara guru yang mendapat tugas untuk merealisasikan majlis tersebut.. sepanjang bekerja, jarang sangat-sangat dapat tugas menguruskan kompang dan bunga manggar (masa sukan adalah) hehehe.. biasanya aku dapat tugas mengurus hadiah, pengurusan pelajar atau jamuan...

kerjanya nampak macam simple.. tapi sangat memerlukan penelitian.. kalau sekadar untuk menyediakan bunga manggar, apalah sangat. beli je kat kedai.. kompang? pasukan budak kompang memang dah ada kat sekolah.. tak perlu risau, touch up sana sini, menjadi la... hehehe

sesekali dapat tugas yang lain dari biasa ni.. siyyookk jugak kan???

Friday, April 22, 2011

Gunting rambut

salam sejahtera semua


saya ada tiga orang cahaya mata. dua daripadanya ialah lelaki. 
anak-anak lelaki pasti nya perlu berambut pendek. 
bagi rambut yang lebat dan tebal, kekerapan menggunting rambut akan bertambah.. 
maklum saja bila dah bersekolah, takkan nak biar anak berambut panjang ke sekolah.

kalau suami saya, dia lebih senang menggunting sendiri rambut anak-anaknya. dia suka sangat kalau anak-anaknya berambut ala-ala nicholas dalam cerita "8 is enough"..

comelkan? adam rich aka nicholas

tapi kat malaysia ni mana boleh pegi sekolah dengan rambut style itu.. hehehe
makanya bila anak-anak dah bersekolah..
kedai gunting pasti dituju setiap bulan...

Thursday, April 21, 2011

Pengalaman itu adalah guruku....

Salam sejahtera semua..

Hari dah petang.. baru je balik dari kelas petang. Perghhhh... terasa penatnya sebab faktor usia yang semakin meningkat. Walau penat, terasa berbaloi kerana anak didik semakin faham apa yang diajar sebab hampir setahun setengah bersama.. aku sebagai guru, bukan sekadar tahu nama je... sekurang-kurangnya kena tahu asal usul dan mereka datang dari keluarga apa...

anak didik cuma sembilan belas orang. sepuluh perempuan dan sembilan lelaki.

mendidik anak remaja tidak semudah mengumpan anak kecil. Kalau anak kecil tidak mahu buat kerja sekolah, kita boleh ugut sikit atau beri je upah gula-gula... Remaja 16, 17 tahun ni sangat sensitif... punya personaliti yang sukar dimengertikan.. Pemikiran mereka tentang masa depan, berubah-ubah.

aku yang dah berusia hampir 43 tahun ni kadang-kadang perlu menjadi seperti remaja usia 17 tahun. supaya mereka tidak segan silu menyuarakan masalah mereka. tapi ada ketikanya  kita perlu tegas supaya mereka hormat kita sebagi guru dan orang yang lebih tua dari mereka..

.... aku sesekali terkenang juga kerana aku juga pernah menjadi remaja seperti mereka... hehehe

dah buat e-filing?

Salam sejahtera semua..

hari ni dah 21/4... menunggu 30/4 bermakna ada 9 hari lagi untuk dihitung..
jom ramai-ramai selesaikan urusan percukaian... tak kiralah buat potongan gaji bayar pcb atau berzakat...
cuma key-in mana yang patut...

kita selesaikan bahagian kita, lhdn selesaikan bahagian mereka.. bila kita buat orang lain senang, orang lain juga akan memudahkan urusan kita.. hehehe


 sekejap je dah dah dapat refund..
saya selesaikan urusan ni sejak 1 april lagi.. hehehe


dan...

alhamdulillah..
terlebih bayar dan terima kasih lhdn sebab pulangkan duit saya kembali..

so, apa tunggu lagi?
kepada yang belum..
klik sini okay?




Tuesday, April 19, 2011

Seminar Kenali Anak Kita Negeri Perak

Salam sejahtera semua...

hari sabtu lepas bersamaan 16 April 2011, sempat mencuri masa ke Pulau Pangkor... bukan bercuti atau bersantai, tapi menghadirkan diri untuk seminar kenali anak kita peringkat negeri Perak.. Hadir atas tiket ajk pibg smkkdsk (sekolah anak), maka aku ke pangkor seawal pagi.. dah lama sangat tak ke sana.. ada tujuh lapan tahun..

 setelah lama tak ke pangkor (walau dekat je dengan rumah)
memang telah berubah wajah
lebih cantik, lebih bersih, lebih teratur..


 bertempat di sk seri pangkor,
seminar diadakan..
cuaca yang nyaman, redup..
bual bicara lebih berkisar kepada menghindari anak-anak
tentang najis dadah.. okaylah sebab sebagai ibubapa.. seharusnya lebih
kenal dan faham tentang sifat dan sikap anak-anak..
antara panelnya ialah 
Ybhg Datuk Hj. Mohd Yunus Pathi
(Yang Dipertua PENGASIH)
 
 
ini adalah logo program yang dianjurkan bersama
PENGASIH dan Pertonas

kehadiran penyanyi Jamal Abdillah memeriahkan majlis..
comel je orangnya, tapi suara ermmm... best sangat..

Majlis disempurnakan penutupannya oleh Menteri Besar Perak.
Selepas makan tengahari, terus balik.. 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...