Salam sejahtera semua..
hidup di dunia hanya sementara.. sementara ada hayat, kita cuba buat yang terbaik. Buat baik kepada manusia, kepada alam, kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini...
Namun adat dunia, tidak semua orang yang suka kepada kebaikan.. maka wujudlah hasat dengki, iri hati dan mudah cakap.. busuk hati...
Allah menduga manusia ini dalam pelbagai bentuk... kaya raya, miskin, senang, susah, pemurah, kedekut dan macam-macam lagi.. dugaan yang didatangkan sebenarnya menguji keimanan kita.. dari situ lah Allah sediakan syurga dan neraka.. berbuat baik dan mendapat pahala.. insyaAllah syurga Allah terbuka luas untuk kita... Jika kita baru berniat untuk buat baik dan mendapat redha Allah, malaikat dah catatkan kebaikan kita... namun niat berbuat jahat tidak akan dicatat sehinggalah kita melakukannya..
baru niat nak buat baik, Allah dah sediakan rezeki buatku..
Alhamdulillah...
bukan aku riak dengan kebaikanku.. cuma aku percaya janji Allah itu tepat dan pasti...
sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk..
rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
muda sebelum tua,
sihat sebelum sakit,
lapang sebelum sempit,
kaya sebelum miskin,
hidup sebelum mati.
***sekadar berkongsi pengetahuan.....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.