Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 ~ tahniah buat yang berjaya..

Salam sejahtera semua...

Keputusan PMR 2010 terbaik dalam empat tahun – KP

PUTRAJAYA 23 Dis. – Seramai 30,863 pelajar telah mencapai A dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
“Bilangan pelajar yang mencapai A dalam semua subjek meningkat sebanyak 2,675 orang berbanding tahun lalu.
“Bilangan yang mendapat semua E telah menurun daripada 397 orang pada 2009 kepada 386 orang pada tahun ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – Bernama


 Pencapaian PMR yang terbaik

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lalu, katanya.
Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

***tahniah sekolah bintang... terutama kepada cikgu-cikgunya..


2 comments:

  1. salam eh nama sekolah bintang muncul berkelip di situ..hehe

    ReplyDelete
  2. salam eh nama sekolah bintang muncul berkelip di situ..hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...