Monday, December 13, 2010

Adakah perasaan kita semua sama?

Salam sejahtera semua,
tak tau macam mana nak mula. bukan benci, bukan marah... adalah sikit..... cuma rasa terfikir di minda...
kenapa ada manusia begini?
kenapa ada manusia yang dianugerahkan otak, tetapi tidak menggunakannya dengan sebaik-baiknya?

kami singgah di suatu RnR hala utara. Memakir kereta kami agak jauh dari yang lain. memandangkan kereta besar ni biarlah dipakir dengan selesa supaya kereta lain mudah dipakir... Tidak sampai sesaat..belum sempat mematikan enjin, tetiba kami dengar dentuman di luar...

apa pulak tu?

menoleh ke kanan, kami lihat seorang berbangsa %&*%# sedang keluar dari keretanya.. dan fahamlah kami bahawa pintu kenderaannya telah "mendentum" kereta kami...

terkedu dan terkesima...


puas mengajar anak2, bila buka pintu kereta, pastikan jangan sampai men"dentum" kereta orang... tapi orang lain????

... dan kerana geram dengan perangai manusia sebegitu, pantas tangan ini merakamkan bontot kereta ini...
namun aku masih punya perasaan...



harap kereta je cantik, tapi pemiliknya ????....

2 comments:

  1. Samalah jugak KakLin kisah di jalan raya tu....semua dikehendaki memandu dgn cermat, mesti sayangkan nyawa dan ingat org tersayang...tapi...apa terjadi...bila org lain yg memandu dgn cuai sehingga menyebabkan kehilangan jiwa org yg tidak bersalah..tidak memandu laju...yang sentiasa berhati-hati...kesian.. *sigh*

    Memang semuanya takdsir namun kita dituntut untuk berhati-hati...manusia..hati dan perasaan tak sama.

    Jika saya di tempat akak pun mesti I geram jugak ni eeee...

    ReplyDelete
  2. betul le tu..
    tapi kita mesti perlu lebih hati-hati.. terutama anak-anak..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...