Sunday, September 26, 2010

Ramainya pelakon MAGIKA... KRU



Sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios Sdn. Bhd. yang memuatkan pelbagai elemen termasuklah romantik, komedi dan kasih sayang.

MAGIKA mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain.Bagaimanapun Ayu bernasib baik baik kerana dia bertemu dengan Bad (Mawi) yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Magika adalah filem hebat kerana berjaya mengumpulkan lebih 20 artis popular termasuklah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Aznil Nawawi, Nabil Raja Lawak, Sharifah Amani, Sharifah Aleeya, Norman Hakim, Saiful Apek dan Raja Azura.


4 comments:

  1. akak dah tgk citer ni?
    saya teringin tp belum bkesempatan..
    almaklumlah bekas bakal pakwe berlakon..
    sape lg klu bukan mawi.. hehe

    ReplyDelete
  2. belum lg. ye ke minna? hehehe.. ada 3 -0 lagi.. hehehe

    ReplyDelete
  3. kat sini pun dah mula ni...belum ada masa lagi nak tengok...ramai komen film memang best!!

    ReplyDelete
  4. ummirosma,
    pelakonnya memang best !

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...