Saturday, January 9, 2010

karipap sardin

tq en. google bg pinjam gambor

jalan jalan ke rumah kawan-kawan, singgah jap kat rumah ni... tengok cara dia buat karipap tu mcm senang je...


Bahan-bahan untuk inti sardin:
  • satu tin sardin
  • 2 ulas bwg merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 labu bwg besar
  • 3 sudu cili blend
  • garam secukup rasa
(tumiskan bawang putih, bwg merah dengan menggunakan 2 sudu minyak masak, masukkan cili kering . tumis hingga naik minyak dan masukkan sardin serta garam. sejukkan)

Bahan-bahan untuk kulit karipap:
  • 200g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 100ml air suam
  • 1/2 tsp garam
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak dan cairkan marjerin di dalam periuk.
  2. Buatkan lubang di tengah tepung dan curahkan campuran minyak dan marjerin.
  3. Dengan menggunakan sudu gaul rata.
  4. Bancuh garam dan air suam.
  5. Masukkan air garam ke dalam tepung sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Air tidak perlu dihabiskan anggaran dalam 70ml...
  6. Bahagikan kepada 14 atau 15 bahagian.
  7. Canai di atas papan dan masukkan inti sardin kemudian kelim tepinya.
  8. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api perlahan.
Selamat mencuba..

kredit untuk http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/

2 comments:

ummi afifah said...

rajinnye... pagi2 dah buat karipap.. tkg makan nya ramai tu yg best buat.. kalau saya, sampai ke malam esok la menu karipap tu..

hazlin said...

belum buat lagi. br ambik resepi.. hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...