Saturday, December 19, 2009

Waris keturunanku ~ rawa


Aku balik kg di gopeng, menyelongkar khazanah lama.. hehehe... terjumpa gambar ni yang penuh nostalgia. Masa ni umur aku 9 tahun. Kalu tak silap aku.. bermakna tahun tu tahun 1977. Masa ni mamak leman kawin. Mamak adalah panggilan pakcik bg orang rawa. Isterinya we diah (we dibunyikan sebagai were bermaksud makcik)
. we diah orang mandailing tinggal di kg gunung panjang.

apa yang menarik perhatianku ialah dalam gambar ni semua adik beradik mak ada bergambar. Adik beradik mak semuanya 14 orang. yang hidup sekarang tinggal 9 orang...


Biar aku perkenalkan satu persatu:
Duduk paling hadapan dari kiri:
Raja Sallehuddin, Raja Kamaruzzaman, pasangan pengantin Raja Sulaiman + Rodiah, Sharifah Azian, Sharifah Hazmiah (bonda kesayanganku)
.

Berdiri dari kiri:
Azizuddin Shah, Raja Baharom Shah, almarhum Raja Sorah (nenek - ayahanda bondaku), almarhum Mohd Nasir (ayahanda mertua bondaku), almarhummah Puti Sahar Banun (opah - bonda kepada bondaku), Sharifah Akibah dan Sharifah Azizah.

sesungguhnya setelah lebih 32 tahun berlalu, ada yang telah bercicit dan meneruskan tradisi dan adat rawa.. terutamanya adat pantang tanah. dan telah lahir waris keturunan ke 6 bermakna aku telah bercucu... hai.. semakin tuolah aku..

8 comments:

  1. aku pernah ke sg itik jumpa sorang kawan di sana.

    ReplyDelete
  2. aku pun pantang tanah jugak. asal pijak tanah je mesti nak berjalan-jalan.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Antara panggilan mamak dan panggilan bapak.. Ikut tradisi jika bapa saudara itu ibunya merupakan adik-beradik ibu atau bapa kita, maka dia dipanggil mamak; sebaliknya jika bapanya merupakan adik-beradik ibu atau bapa kita, dia dipanggil bapak. Tetapi pelaksanaannya asal rawa saja kita panggil mamak..

    ReplyDelete
  4. salam hazlin...baguslah dpt tgk gambar lama..dapat mengimbau kenangan lalu..oh yer..jadi ke turun ke gombak..akak kena balik kampunglah..

    walaupun sikit atau byk akaun nn tu..janji ado jugak RM kat dalam..sikit-sikit lama lama jadi bukit..tapi cukuplah klik sekali ajer sehari..skrg ni pihak nn dah kedekut nak bagi RM..sebab ada yang klik banyak kali.

    ReplyDelete
  5. Interesting!

    Tapi apa ertinya adat pantang tanah tu KakLin? Begitu menarik perhatian saya jugaklah...

    ReplyDelete
  6. mamak tewwww.. ehehe, salamm akak hazlin tewww

    ReplyDelete
  7. ape yg saya tau ialah adat berjejak...cikgu ni duk kpg mana???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...