Tuesday, March 3, 2009

Mencari "gam" yang tidak berjumpa

Selepas selesai urusan kat Muar, maka kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Tempat dituju tentulah "rumah" adik beradik kami iaitu SMT Batu Pahat. Tertidur sepanjang perjalanan sebab lepas pekena mee bandung, singgah mandi dan solat. Badan rasa legaaa...
....dan selepas sejam perjalanan, kami tiba kat SMTBP, kami dilayan baik oleh kawan-kawan kat sana. Mee bandung dah mendak, kami terus menuju destinasi mencari nasi beriani gam. Laluan menuju hospital BP kami selusuri dan kedai nya agak tersorok. Alamak! Lupa lagi nama kedainya. Tak snap gambor pulok... tak apalah.
Akhirnya kami cuma dapat beriani tanpa gam. Haripun dah petang... Kenyang sungguh bila disulam dengan air bandung special....
Hampir senja kami masuk highway Ayer Hitam. Dekat jam 1.00 pagi baru tiba di Seri Manjung....
Nasi yg sedap. Nasi beriani Batu Pahat. Hasil air tangan orang Melayu. Lain tau dengan nasi beriani kat kedai mamak...
Tengokla air sirap bandung yg 'kaw' 'kaw'. Tuan rumah belanja. Memang sedap.. walllaaaaa.
Next time kena dtg. Bawak famili... yea yea..



10 comments:

  1. alamak teringin plak nak makan nasi beriani gam. saya orang muo tapi jarang pergi ke batu pahat ntuk makan beriani gam...

    ReplyDelete
  2. salam kak lin..
    hahahahaaa..akak makan kat kampung saye ye????hehe..awat tak cakap awal2..kalu tak boleh kasi payung kembang punya...
    hehee..

    ade satu briani house kat kedai corner lot berdekatan area hospital BP situ..lupa ar nama kedainya..tapi sodappp jugak...
    tengok kosi yg akak duduk nih macam kedai tu...

    gi teknik BP ade ape sis???survey kes budak kena pukul tu ke???weeeeee...:p
    tak singgah skali teknik kluang @ segamat??itu sekolah kawan tu...
    huhhhhhhuuuuu...

    ReplyDelete
  3. lawaklah kak lin ni...
    beriani tanpa gam ye...
    kalau tanya anak kita..
    mesti dia kata..
    mak belile gam gajah.
    kalau kat kedai wak jimi tak ada
    kat kedai hardware mesti ada..
    bubuh le kat nasi mak..

    banyak akal kan bebudak sekarang!

    ReplyDelete
  4. Myblog,
    u r welcome. tak pernah makan briani gam. so nak cuba. tp dah habis...

    ReplyDelete
  5. Salam kembali hysMan,
    oooo u org BP. saja tak ndak bgtau pegi sana. Rasanya tak cukup satu payung sebab masa dtg tu hari hujan.

    akak tak ingat apa nama kedainya. tp kata kawan akak, memang kat kedai tu 'briani best in t world'.

    pegi sana sebab nak cari co-pilot tunjuk jalan ke kedai nasi briani. Cantiklah SMTBP. we're technic, so cari kawan sekufu le...

    Kalau g segamat or kluang, harus terus kami ke S'pore...

    ReplyDelete
  6. lily,
    akak nak cari briani gam. tp yg dapat briani biasa. kempunan....

    ReplyDelete
  7. Kak Lin...

    Memang betui......
    Gua sukakan Beriani Gam tangan orang Melayu...

    Yang mamak punya....tak sedap mana ponk.....

    heeheheh
    Memang sedap ponk Kak....
    I like Beriani Johor

    ReplyDelete
  8. segamat & kluang lagi dekat dari BP kak..
    takyah gi singapore..
    abis duit je...
    tak best...

    ReplyDelete
  9. Dj Epoi,
    setuju dgn Epoi. Tekak orng Melayu...

    ReplyDelete
  10. hysMan,
    last akak kat Johor tu masa belajar kat Skudai. lepas tu g Pontian. After 16 tahun, baru sampai balik kat Johor.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...