Thursday, March 5, 2009

Lemak Rebung ada udang

Pasti berasap tengah hari ni kalau makan gulai lemak cili api rebung dengan udang ni. Ambil saja resepi ni dan beli bahan kat pasar terus dimasak.

Bahan-bahan:
  • sepeket rebung
  • udang 15 ekor
  • 12 biji cili api kampung
  • 3 biji bawang kecil (cili + bawang ditumbuk)
  • sebiji kelapa diambil santan
  • serbuk kunyit, garam.

Cara memasaknya:

  1. Rebus dulu rebung hingga empuk dan buang airnya.
  2. Masukkan santan, cili, bawang, serbuk kunyit dan rebung yg telah direbus tadi ke dalam periuk dan kacau dengan api yang kecil.
  3. Agak mendidih, masukkan udang, garam, kacau hingga mendidih dan okay dah siap utk dimakan.
Selamat mencuba....

11 comments:

  1. uhuuuu....tak bolehhh!!!! tengok gamba udang pun dah gatal-gatal tekak.

    ReplyDelete
  2. alahai kak lin ni.. selalu buat kecur liur lah!
    kita ni baru teringat-ingat asam rebus keladi..
    ni kak lin menambah gulai lemak rebung pulak dah...
    kena buat ni!!!

    ReplyDelete
  3. akak ni suke buat org meleleh air liuq ptg2 mcm ni... best. tq sbb sertakan resepinya skali boleh sy blja memasak pasni biasa beli je kat kedai heee

    ReplyDelete
  4. Kak..!!! oh Kak!!!!!


    Adik Debab akak sorang nih dah lapoow bebenow dah lpas tgk Enty nih.....

    Lebih2 lagi REBUNG...

    Perghhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. OneZ,
    ku memang sengaja tayang-tayangkan udang tu sebab tau kao tak boleh makan.. ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  6. Lily,
    tak pandai masak keladi. takut bertambah miang...

    selalu akak beli je..

    ReplyDelete
  7. kabussenja,
    masak sendiri baru terasa nikmatnya..

    ReplyDelete
  8. Dj Epoi,
    setengah orang memuda ni tak gemar masakan kampung ni. Epoi bedal jugak ek?

    ReplyDelete
  9. Masakan kampung yang sedap ni KakLin. So malam hujung mingu i nak masak ape? Pasti special ni..kan hujung minggu ni...
    Happy Days!

    ReplyDelete
  10. OPPs! error..error...

    Ralat --> "So malam hujung minggu ni nak masak ape?"

    Hehhehehe...cepat sgt jemari ni...

    ReplyDelete
  11. Tolak Kayu, Batu, Besi dan Makannan Haraaam!!!

    Lain semua Gua bedal!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...