Saturday, January 31, 2009

Kuetiau Kungfu


Balik kg hari tu sambil belek belek old news paper, mata tertumpu kat resepi ni. Teruja nak cuba sebab si Nurul memang suka makan kuetiau. Aku copy paste je resepinya dan adalah tambah sana sini.
Bahan-bahan:
  • Kuetiau - 1 mangkuk
  • Telur - 2 biji

Utk kuah:

  • air rebusan ayam
  • ayam, sotong, udang - ikut cita rasa
  • sayuran spt bunga kubis, jagung muda, kailan, lobak merah - ikut suka
  • tepung jagung

Cara masak

  1. Panas minyak, masukkan kuetiau dengan telur dan tepung jagung, goreng la kejap.
  2. Angkat dan letakkan dalam mangkuk berasingan ~ aku agihkan jadi 3 mangkuk.
  3. Utk buat kuah, masukkan air rebusan ayam (yang dah ditumiskan dengan bawang) dalam kuali bersama-sama bahan ayam, udang, sotong.
  4. Masukkan semua sayuran dan perasa.
  5. Last sekali masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah ~ aku letak sikit je sebab suka kuah cair
  6. Pas tu tuang kuah tadi atas kuetiau yg digoreng tu dan siap dimakan panas-panas sebab bila sejuk tak sedap.

Tips: Sebab selera Melayu yg suka makan pedas, boleh makan dengan sambal kicap yg podeh...

12 comments:

  1. kalau aku makan itu kuetiau kungfu ha... alamat berkungfu la aku. tergaru-garu la jawabnya penangan dek udang. tak makan pun tak apa la.

    ReplyDelete
  2. seronokkan kak lin bila anak-anak ni rajin makan. kat sini yg pemakan cuma syafiq sorang... yg lain tu ala-ala perut saiz s. Payah nak suruh makan! lepas ni syafiq dah duduk jauh, mahu termenung mak dia di dapur.

    ReplyDelete
  3. oneZ,
    ruginya tak makan udang. baru nak promote mee udang kat Matang. lebih udang dr mee.

    ReplyDelete
  4. Lily,
    apa akak masak semua dimakannya. tp yg western, tak berapa sangat. Jiwa penuh kemelayuan...

    ReplyDelete
  5. Hehehe..apa pasal dinamakan ketiau kungfu agaknya ye.. Sahih berkungfu lepas makan sebab tak puas..ada yang tak sempat makan..hehehe

    ReplyDelete
  6. bila nak bawa ke bilik guru??? best la masak ada orang nak makan aku masak pun makan sesorg baik tak yah masak... hehehe alasan sebenarnya....

    ReplyDelete
  7. hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done,my blog about my addicted making wire jewelry,thnak

    http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Tirana,
    makan panas-panas mesti berkungfu lepas tu. Gigit cili padi lagi...

    ReplyDelete
  9. ctm,
    nak masak kena guna dapur kita la. masak kat rumah tak berkungfu la pulak sebab nanti sampai sekolah dah sejuk...

    ReplyDelete
  10. Aha..yang ni Rosma dan penah buat dan hasilnya juga memuaskan. Nanti akak bole try guna the deep-fried meehoon. Letak crispy beehoon tu kat bowl then curahkan kuah pekat ni...mmmm..yummy!

    ReplyDelete
  11. Ummi,
    bisa dicuba pulak dengan itu beehoon. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...