Monday, November 3, 2008

Hari Isnin yang bertuah

Hari ni telah diadakan satu jamuan khas untuk che'gu yang ngajor Sains dan Matematik. Jamuan akhir tahun. Cheewah... bahasa skema lagi... Tp sebab tak bawak kamera, tak dapekla akak nak tayangkan gambar makanan yg kira ok la...

Apa yang boleh akak kongsikan ini ialah... masa jamuan tu.. semua orang dapatle door gift. Macam-macam pesen door giftnya, tapi aku dapatlah yg ini. cam bekas bunga ke atau tempat lilin. TQVM. Nanti kalau black-out, boleh guna....



Lepas dah habis makan-makan tu adalah sesi cabutan bertuah... hadiahnya hamper jer... Tapi hadiah juge kan...

Dan seperti biasa jugak...

"ALA.. KAK LIN MESTI DAPAT..."

"HAA.. KALAU CABUTAN BERTUAH... SIAPA LAGI...KAK LIN MESTI DAPAT!"

"NAMA KAK LIN MESTI NAIK."

So... semua tu..cakap-cakap kengkawan dan mendoakan sekali tuh...

MAKA... NAMAKU DISEBUT OLEH PN MARINI(pengacara majlis)


TERIMA KASIH SEMUA..

Balik rumah, apa lagi... memang tuah anak-anakku. bermulalah sesi buka membuka...

Ceghita pasal tuah ni, memang ada orang-orangnya yang selalu bertuah... akulah salah sorang daripadanya. Jangan marah...

4 comments:

  1. Memang pun selalu bertuah....
    Laki Mini bertuah....

    ReplyDelete
  2. mmglah.. saya dari dulu jarang nak tercabut no... 3 kali dlm seumur hidup mungkin.. hadiah periuk cap buaya..hikss:)

    ReplyDelete
  3. mother of two,
    okay la tu periuk cap buaya pun. jgn dapat buaya sudahhh...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...