Sunday, October 5, 2008

PERSIAPAN RAYA

Tahun ni beraya di Gombak. Kg. suami. Kami balik hari Ahad. Sempat jugak ke pasar Ramadhan di Greenwood. Hari Isnin tu kami round satu KL sebab nak carikan baju melayu utk papa. Hajat di hati memang nak ke Wisma Yakin. Tapi jalan jammed giler.. Cari parkingpun full house. Tak jadi, at last kami ke Bt. 5 je.... Walau macam manerpun sempat gak ke Jakel (Wangsa Maju) beli karpet. Borong sakan. Tak pe. Itu le gunanya bonus raya... he.. he..


Esoknya (Selasa) hari utk memasak. Sakan jugak la. Rendang daging Minang, rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang, laksa.... Sori tak sempat ambik gambo. Malamnya group takbir datang. Nasib baik rumah yg pertama...


Memang penat sakan......

2 comments:

  1. salam kak lin, gombak kat taman apa? Mak saya pun duk Gombak, Taman Seri Gombak...da lama duk sana, da lebih 20thn pun. Saya membesar pun di Gombak jugak ler.

    Akak di Manjung ni taman apa plak yer, teringat saya kat makcik saya yg duk juga di seri manjung. Last year raya sempat ler melawat ke rumah dia.Tahun ni tak balik, so tak jumpa ler...

    ReplyDelete
  2. siti khuzaimah, gombak tu rumah mentua.. di kg changkat. tak jauh dr tmn sri gombak. dulu sri gombak tu tempat mainan suami akak je. Maklumle dulu tak macam skrg.

    Mjg di taman fasa 2A. sebelah kg dato' seri kamaruddin. Dtg manjung, bgtaule. bo dtg umah akak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...