Sunday, October 5, 2008

HARI RAYA KE EMPAT
Hari ini (Sabtu 04-10-2008) kak Esah (sepupu) mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis pertunangan anakanda sulungnya Siti Fariza Nazwan bt Mohd Faizul. Muda lagi. baru 21 tahun. Kami telah berkumpul di rumah kak Esah di Taman Gopeng sejak hari Jumaat lagi. Seronok sebab masing-masing dengan cerita masing-masing. Maklum saja dah lama tak jumpa. Ada yang dah berbelas tahun tak jumpa. Ada yang dah tukar-tukar pasangan. Ada yang dah bercucu. Biasanya masa raya dan kenduri le nak jumpa sedara mara sepupu sepipit. Seronok bukan main. Seperti biasa tugasku ialah menjadi tukang tolong. Tolong memotong bawang, membasuh pinggan, tolong menyibuk... he.. he.. Letih tapi best!!!!  
Siti Fariza Nazwan

 
Mak Teh & Kak Esah (mak pengantin)

 
Mak ngah, Fariza, aku & mak Teh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...