Friday, September 5, 2008

Menjelang peperiksaan


Minggu depan ada dua perkara penting melibatkan peperiksaan.
First, anak sulungku, Ikhwan will sit for UPSR exam. Rasanya dah habis ikhtiar. Kelas tambahan kat sekolah, hantar tuisyen kat cikgu Latifah & gang, extra exercise dgn mak, hantar ke bengkel tms, baca yassin, solat hajat, doa. Aku tengok Ikhwan slumber je. Bila tanya katanya dah ok mak. Agaknya macam tu lah perasaan mak aku dulu bila aku nak exam. Ha!!! Sekarang turn aku pulak.
Bab kedua ialah anak didikku akan ambil exam Trial SPM. As a math teacher aku rasa aku dah buat yang terbaik utk mereka. Aku ajar 3 kelas tahun ni. Tapi yang paling mencabar sebab semua kelas tu... yang ado.... kureng... Tapi setiap insan ada potensi untuk cemerlang, gemilang dan terbilang. Utk anak didik ku ni pun, dah macam-macam cara aku buat. Latihan...dah berbakul-bakul, nasihat, marah, usik-usik, perli..., jamu makan je belum. (Tunggu raya nanti).
Aku harap dengan usaha, doa dan tawakkal, InsyaAllah semuanya akan berjaya dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...