Sebagai guru yang dah lama mengajar, ilmu dan pengalaman pasti akan bertambah jika kita ingin sama belajar. Hari ini sempena Hari Anugerah Cemerlang STESMA 2008, aku sekali lagi diberi pengiktirafan. Walaupun secara peribadi aku menganggap ia kejayaan bersama anak didikku, namun tanpa seorang guru, siapalah pelajar itu.
Terima kasih kepada semua pelajar kelas 5 PKE 1 (2007) kerana mencapai kejayaan gemilang untuk subjek Matematik. Walau di mana anda semua berada, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan anda.

Antara hadiah yang diterima.

Pen Parker lagi....

Koleksi Plak yang ke.....

Sumber inspirasi, pendorong semangat.
Hari ini kami tak pakai baju batik STESMA (harap Pengetua tak marah). Baju batik ni dah lama aku simpan untuk sedondon dengan suamiku. Jangan marah. Lagipun suamiku terima hadiah juga.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.