Wednesday, October 3, 2012

Jadual SPM 2012

Salam sejahtera semua

Jom kita tenung-tenung jadual waktu SPM 2012..
Sekadar tahu dan boleh buat perancangan kepada cikgu yang nak bercuti
atau ibubapa yang nak pastikan bila nak ambik cuti..

Yelah kan...
ada ibubapa yang anak mereka menduduki peperiksaan SPM tahun ni.

boleh klik :


selamat berjaya semua calon spm 2012.


Tuesday, October 2, 2012

Follower saya yang ke 570

Salam sejahtera semua

Terima kasih kepada



Sharifah
kerana sudi menjadi follower saya yang ke 570..

Kepada semua,
sudi-sudikan singgah ke 
hehe

SPM 2012 ~ sebulan sahaja lagi

Salam sejahtera semua

Saya sangat teruja bila masuk bulan oktober ni.
debaran di dada semakin kencang.
apatah lagi apabila mengingatkan peperiksaan SPM 2012 makin hampir..

Agak sukar meneka siapa pelajar saya yang akan berjaya cemerlang..
atau nak luluspun, masih berteka teki.

Kenapa ye?

Kerana
saya baru mengambil alih satu kelas pada tahun ini
dan 
dua kelas masa bulan jun.
ohhh.. saya rasa sangat stress..
agak sukar mengenali mereka secara keseluruhan..
Namun, saya tetap berazam.. setiap hari..
berdoa.. setiap saat
supaya
anak didik saya dapat
study smart dan capai kecemerlangan..


Monday, October 1, 2012

Geram..

Salam sejahtera semua

Hari ini baru berkesempatan nak menjengah isu bajet 2013.
Surf facebook (page) PM dan terus link ke blog PM.
Sambil membaca, sambil menelek page di di facebook.
tiba-tiba mata tertumpu kepada satu komen
"asyik-asyik kakitangan kerajaan yang dapat bonus. Setiap tahun dapat bonus. Setiap tahun dapat macam-macam keistimewaan. Kakitangan swasta yang miskin. Padahal kakitangan kerajaan tu asyik makan rasuah. 90% kajian menyatakan kakitangan kerajaan makan rasuah."

Amboi!!!!!....
Sedap aja tangan budak tu menaip perkataan yang tiada bukti sahih...

Memang dia boleh menulis apa sahaja..
Tapi agak-agak lah..
Suka-suka hati aja dia nak taip apa tanpa mengambil kira perasaan orang lain.

Hakikatnya saya sendiri yang berkhidmat sebagai guru hampir 20 tahun,
tak pernah makan rasuah..
siapa nak bagi rasuah pada cikgu?

.... dan saya soal budak tu balik..
kalau kakitangan kerajaan makan rasuah,
siapa pulak yang bagi makan?

terus dia delete posting dia...
hrmmm...





Puding oreo

Salam sejahtera semua

Hari ini, Isnin..dah masuk 1 haribulan Oktober tahun 2012 Masehi
Hari ni juga bersamaan 15 Zulkaedah 1433 Hujrah..

Begitu cepat masa berlalu..

Hari ni rasa nak posting tentang puding oreo..
Memang dah lama nak buat puding
Agar-agar dalam almari tu dah lama beli
sebelum raya lagi
tapi asyik tak sempat je nak buat..

Sebelum kita kongsi resepi,
kita tunjuk gambar dulu..

inilah rupanya pudingnya..
Gelap betul sebab saya terlebuh tambah serbuk coklat
nasib baik tak pahit.

Resepi asalnya saya lihat dalam blog.. lupa pulak nak link.
Saya sekadar tengok apa bahan-bahannya tanpa lihat sukatan.
so, beginilah jadinya..

Saya share resepi..
simple je tau..
  • 1 paket agar-agar
  • 1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)
  • daun pandan
(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)
  • 10 keping biskut oreo (buang krimnya)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklatpun ok
  • 1/2 cawan gula (secukup rasa)
  • 1/2 cawan air suam
 (5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat 
dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)

selepas mendidih, masukkan dalam acuan..
sejukkan dan boleh dimakan..
yummy..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...