Sunday, October 5, 2008
HARI RAYA KE EMPAT
Hari ini (Sabtu 04-10-2008) kak Esah (sepupu) mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis pertunangan anakanda sulungnya Siti Fariza Nazwan bt Mohd Faizul. Muda lagi. baru 21 tahun. Kami telah berkumpul di rumah kak Esah di Taman Gopeng sejak hari Jumaat lagi. Seronok sebab masing-masing dengan cerita masing-masing. Maklum saja dah lama tak jumpa. Ada yang dah berbelas tahun tak jumpa. Ada yang dah tukar-tukar pasangan. Ada yang dah bercucu. Biasanya masa raya dan kenduri le nak jumpa sedara mara sepupu sepipit. Seronok bukan main.
Seperti biasa tugasku ialah menjadi tukang tolong. Tolong memotong bawang, membasuh pinggan, tolong menyibuk... he.. he.. Letih tapi best!!!!
Siti Fariza Nazwan
Mak Teh & Kak Esah (mak pengantin)
Mak ngah, Fariza, aku & mak Teh
HARI RAYA PERTAMA
Seperti biasa. Selepas meneguk air, masing-masing ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Selepas tu balik rumah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan serta mengadakan sesi bergambar. Sebelum orang lain datang, kami cepat-cepat menziarahi pusara mak. Balik ke rumah tak menang tangan melayan saudara mara yang datang...
Warna tema baju raya kami tahun ni purple biru. Kira okey le tu..
PERSIAPAN RAYA
Tahun ni beraya di Gombak. Kg. suami. Kami balik hari Ahad. Sempat jugak ke pasar Ramadhan di Greenwood. Hari Isnin tu kami round satu KL sebab nak carikan baju melayu utk papa. Hajat di hati memang nak ke Wisma Yakin. Tapi jalan jammed giler.. Cari parkingpun full house. Tak jadi, at last kami ke Bt. 5 je.... Walau macam manerpun sempat gak ke Jakel (Wangsa Maju) beli karpet. Borong sakan. Tak pe. Itu le gunanya bonus raya... he.. he..

Esoknya (Selasa) hari utk memasak. Sakan jugak la. Rendang daging Minang, rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang, laksa.... Sori tak sempat ambik gambo. Malamnya group takbir datang. Nasib baik rumah yg pertama...
Memang penat sakan......
Welcome back....
Dah lebih seminggu tak berjumpa kengkawan di alam siber ni . Wah seronok tengok rumah kengkawan semuanya beraya. Raya raya jugak. Esok dah nak keje selepas puas bercuti. Apa-apapun, semoga lepas raya ni semuanya bersemangat kembali...
Subscribe to:
Posts (Atom)