Saturday, February 24, 2018

Selamat Pulang ke Negeri Abadi Buat Sahabatku Harlina...

Salam sejahtera...


Agak terlewat membuka aplikasi whatsapp pagi ini. Memandangkan hari cuti.. tiada apa perkara urgent yg perlu dirisaukan. Lagi pun pagi ni ada plan nak gerak ke utara tanah air.

Namun gerak hati tetap terdetik... Apa khabar sahabat yg sakit di hkl. Gelisah juga mengenangkan utk pergi berziarah. Maklum saja, tuntutan kerja sepanjang minggu selalu membataskan urusan ziarah menziarahi. Weekend biasanya hari utk meluruskan kaki dn merehatkan badan..

Dalam perjalanan ke utara tu barulah sempat nak melihat hfon. Allahhuakbar.. Melihat deretan ucapan innalillahi wainnailaihi rojiun menjadikan hati terus sebak dan air mata mengalir deras.

Sejak arwah bonda pergi ke negeri abadi pada januari lalu... ramai kenalan dan keluarga terdekat yang menyusul. Sedih, sebak, pilu dan pelbagai rasa menyelebungi diri. Namun takdir dan kuasa Ilahi, janjiNya bahawa mati itu pasti.. tidak dapat ditolak oleh manusia. Redha lah kita... Kerana suatu hari nanti.. kita juga pasti menyusul.

Mengenali arwah Harlina bt Yunus..
Kami sama-sama kenal sejak 1981 lagi. Sama-sama membesar di MRSM Kuantan. Lebih akrab juga kerana kami berasal dari Perak. Setiap kali balik cuti semester, kami akan naik bas bersama. Sewaktu di ting. 4 dan 5 kebetulan kami di kelas yang sama. Kenangan suka duka bersama tetap terpahat di ingatan. Walau selepas terpisah hampir 30 tahun kerana tuntutan mencari ilmu (saya di ukm lina di usm), kami masih berhubung melalui alam maya.

Hanya sekali sj sempat berjumpa berpeluk erat semasa majlis perkahwinan seorang rakan.. Kami meneruskan kehidupan masingmasing bersama keluarga dan kerjaya.

Sehinggalah lina disahkan menghidap  kanser... Menerima rawatan, sihat dan sakit semula.

Telah ditakdirkan dalam usia 50 tahun, Allah telah mengotakan janjinya. Allah lebih sayangkannya lebih dari kasih sayang keluarga serta kami sahabat seperjuangannya. Damailah lina di sana di negeri yg abadi. Senyumlah kerana tiada lagi derita kesakitanmu.. Kami akan sentiasa mendoakanmu.
Terima kasih kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari hidupmu. Berkongsi suka duka. Semoga kita juga bersahabat di sana nanti. InshaAllah.

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...