Friday, May 30, 2014

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan

Salam sejahtera semua




Kuala Kangsar  -  Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini kira-kira 6.25 petang tadi.
Almarhum mula diusung menggunakan Siraja Diraja selepas meriam ditembak dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang.
Meriam ditembak sebanyak 86 das dan mengiringi jenazah hingga ke Makam Diraja.
Jenazah tiba di perkarangan Masjid Ubudiah kira-kira jam 4.25 petang diiringi pasukan istiadat angkatan tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.
Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru ditabalkan Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.
Jenazah tiba untuk dimakamkan selepas disembahyangkan kira-kira jam 5.10 petang.
Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

2 comments:

  1. Pnh dngn istiadat diRaja.. Dihrp Istiadat/adat tidak di pertikaikan oleh rakyat Malaysia.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syamsul. Adat dan istiadat yang tidak mungkin ditinggalkan selagi ada Raja-Raja Melayu.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...