Saturday, December 4, 2010

Talam ubi


Salam sejahtera...
pagi ni teringin pulak nak cerita pasal talam ubi..
one of my favourite...

ada orang tak suka sebab ubi tu...
kata mereka.. angin...
nak letak resepi...

BAHAN-BAHAN:
 Bahagian bawah:
1/2 kg ubi kayu (bersihkan)
1/2 cawan gula
1/2 cawan santan
pewarna kuning

Bahagian atas:
3 sudu makan tepung pulut
3 sudu makan tepung green pea {ada kat kedai kek}
2 cawan santan
secubit garam

CARA MEMBUAT:
  •  ubi diparut dan tapis airnya. sagunya diambil dan gaul kembali bersama isi ubi yang dibuang airnya.
  • gaulkan bersama gula, santan dan kacau rata. masukkan pewarna kuning dan kukus seketika.
  • bhg atasnya, tepung pulut dan green pea serta santan dikacau rata. masukkan secubit garam
  • kacau atas api seketika, masak hingga pekat dan angkat
  • tuang atas bancuhan ubi yg tlh dikukus. kukus lagi barulah angkat
*** tutup pengukus tu balutkn dengan tuala/kain nipis supaya wapnya tak jatuh atas permukaan kuih..

2 comments:

  1. salam kak

    tengok bingka ni teringat mak kat kampung..suka benor buat kuih bingka ubi ni time2 banjir kat kelantan..sedap makan ujan2

    ReplyDelete
  2. ini sedap ni..Liz suka makan ini...tapi liz belum pernah buat..nanti liz cuba.nampak simple aja resepinya...come an visit my blog dear hazlin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...