Wednesday, November 10, 2010

Lambaian kaabah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah dah lega sikit selepas beberapa hari menghadapi peristiwa mengejut tu.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi kesedihan.

Hari ini dah Rabu..Seminggu lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidil Adha.. Hari kemenangan kepada semua umat Islam yang menjadi tetamu Allah yang mengerjakan ibadat haji ke baitullah.. Sebagai hambaNya, pasti saat dan detik kemenangan itu ditunggu dengan pelbagai perasaan.. hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana...







Bila melihat gambar kaabah dan betapa ramainya umat Islam yang berpeluang mengunjunginya, terfikir di kotak fikiran...
"bagaimana boleh muat?"
Jawapannya hanya Allah yang maha mengetahui. Sebagaimana perut ibu mengandung membesar ketika mengandungkan bayi, begitu juga dengan keadaan di baitullah... Subhanallah. Maha besar Allah...

Bulan Zulhijjah juga banyak amalan yang kita boleh lakukan selain amalan fardhu, selain bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ibnu Rejab berkata:

apa-apa amalan yang lakukan di sepuluh hari pertama di bulan zulhijjah akan di gandakan ganjarannya. ( mulai hari ahad 7/11 lepas hingga selasa 16/11 depan ikut waktu Mekah) Bagi amalan yang fardhu akan ganda lebih daripada bulan lain, sunat juga akan diganda lebih daripada bulan-bulan lain, malah ialah gandaannya melebihi 10 akhir ramadhan.



***sekadar berkongsi amalan baik, apa salahnya.... InsyaAllah..


6 comments:

  1. Salam..

    Memang merindui Kaabah. Adakah? Adakah daku juga dirindui Kaabah? huhuhu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..dpt berkongsi ilmu..mekasih..:)

    ReplyDelete
  3. mamawana,
    rindu kaabah, melihat kaabah, dijanjikan Allah pahala

    ReplyDelete
  4. I miss to come here...semoga dimurahkan rezeki dan kenikmatan panjang usia dan kesihatan...untuk pergi ke sana amin...

    ReplyDelete
  5. UmmiRosma,
    selalu berdoa semoga sempat menjadi tetamuNya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...