Thursday, May 6, 2010

tugas guru.....sungguh dedikasi!!!...


tugas guru bukan setakat mengajar, menerangkan, memberi pemahaman... tp sebagai pemudahcara. bukan sahaja mengalirkan ilmu akademik kepada pelajar supaya lulus cemerlang dalam peperiksaan, malah turut sama membentuk sahsiah pelajar semoga menjadi ilmuan berakhlak mulia...

berapa lama selama 24 jam sehari seorang "budak sekolah" menghabiskan masa di sekolah, di rumah? di pusat tuisyen? di siber cafe? di masjid? seawal jam 7 pagi telah terpacak di kawasan sekolah sehingga tengah hari.. petang pula ke sekolah agama atau ke pusat tuisyen atau hadir lagi ke sekolah untuk aktiviti ko kurikulum...

selama mana "budak sekolah" berada di sekolah, begitu juga selama itu cikgu menghabiskan masanya di sekolah dengan penuh tanggung jawab... itu belum lagi diambil kira datang ke sekolah untuk kelas tambahan, aktiviti gotong royong, aktiviti rombongan...

16 mei setiap tahun diraikan sebagai "HARI GURU"..

setiap tahun juga aturcaranya seperti putaran jarum waktu melangkau nombor 1 hingga 12 berulangkali... baca perutusan pengarah pelajaran, perutusan menteri pelajaran, nyanyi lagu GURU MALAYSIA (yg dah tak boleh dilupakan liriknya, walau setahun sekali dinyanyikan!), potong kek, jamuan, persembahan pelajar...pentomin, menyanyi, bersajak ....

pasti saat-saat itu paling dinantikan seorang guru yg dedikasi....
apakah tahun ini masih ada lagi ucapan "SELAMAT HARI GURU, cikgu." ?

7 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...