Sunday, January 11, 2009

Kejamnya Israel

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu Israel disiasat atas tuduhan jenayah perang berhubung pengeboman sebuah rumah yang sesak dengan orang awam Palestin yang berlindung daripada bedilan tentera rejim Zionis berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Kemanusiaan, Navi Pillay, berkata pengeboman itu mempunyai unsur jenayah perang.

Kenyataan berkenaan menyusuli dakwaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bahawa Tel Aviv melanggar peraturan perang apabila gagal membantu mereka yang cedera dalam insiden yang sama. Insiden terbabit berlaku Isnin lalu di Zeitoun, Bandaraya Gaza di mana tentera Israel yang memasuki daerah berkenaan mengetuk pintu rumah puak Samouni dan mengarahkan mereka keluar dan memasuki sebuah bangunan lain. Kira-kira 24 jam selepas arahan itu diberi bangunan yang sesak dengan ahli puak Samouni itu dibedil oleh tentera Israel, membunuh 30 orang.

Menurut ICRC, selepas pengeboman itu tentera Israel yang berada 90 meter dari bangunan yang dibedil itu langsung tidak membantu mereka yang cedera, termasuk kanak-kanak kecil.

"Ada empat orang kanak-kanak kecil yang terlalu letih untuk berdiri selepas dibiarkan selama 48 jam cuba mengangkat ibu mereka yang sudah mati. "Mengikut peraturan perang, askar mempunyai tanggung jawab melayan dengan sempurna mereka yang cedera dalam pertempuran," kata ICRC

**Sumber: berita harian on line**

Sebagai seorang Islam sama-sama kita berdoa dan membantu rakyat Palestin yang tidak berdosa. Pada pendapat saya, hanya orang Islam yang boleh membantu orang Islam yang lain.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...