Monday, January 5, 2009

Hari pertama sekolah 2009

Hari ini macam jugak tahun-tahun sebelumnya. Cuma bezanya tahun ni Ikhwan dah ke sekolah baru. Naik tingkatan 1 sesi petang, bermakna dia tidak lagi tinggal di 'taska'. Maka memerlukan aku untuk menyiapkan apa yg patut buat bekalannya. Pagi jam 5.00 aku dah memasak. Menu hari ni cuma kari daging. Ikhwan tak berapa gemarkan sayur kecuali kangkung. Sekejap je aku memasak sebab semua bahan dah tersedia dlm peti ais.

Namun jam 7.00 masih lagi tercegat di rumah. Nurul dah bersiap untk memulakan persekolahan tahun 5.

"Mak cepat! Nanti Nurul duduk belakang. Tahun ni Nurul nak duduk depan pulak."
"Nanti! Am tak bangun lagi" jeritku bila anak bongsu ku masih lagi merengek di atas tilam.
"Cepat...ayah ada assembly pagi ni...." Birthday papa merayu anaknya supaya bangun cepat.

pot..pet...pet..pot... aku dah hilang sabar. Am mula menangis. Suamiku mandikan dan siapkan Am.

Aku dah nak kunci pintu...

Dengan longlai Am masuk kereta....
Selepas hantar Nurul ke sekolah, kami pecut hantar Izham pulak. Buat hal pulak... tak ndak pegi tadika. Hantar ke taska pun tak ndak jugak... Aduhai... Jam dah 7.22.

Alamak, bawak Am pegi skul, punch card terus ke dewan ada assembly. Habis tu hantar Am balik ke tadika ...pun tak ndak.
Last... duduk dgn abangnya kat rumah...

Tgh, hantar Ikhwan ke sekolah, ambil Nurul balik dr sekolah....

2.40 ptg kami balik pergi daftar Nurul di sekolah agama.
6.45 ambik Ikhwan dr sekolah.

Selesai satu hari.

ESOK?????

HARI SETERUSNYA?????

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...