Thursday, September 18, 2008

My ex-student


Gambar kat atas tu adalah gambar anak muridku yang belajar kat STESMA tahun 2000-2001. Dulu dia student PKE6. Tentu sesiapa yang jadi cikgu kepada Ahmad Farieth Bin A S Ahmad Tajalie ni berasa bangga dengan apa yang dilaluinya sekarang. Untuk pengetahuan semua, Farieth ni sedang buat master di The University of Sheffield, UK (MSc in Data Communication Engineering).

Masa dia kat STESMA dulu, aku ajar dia Add. Math. Si Farieth ni selalu risau sebab dia rasa dia tak boleh buat Add Math. Boleh dikatakan setiap hari datang jumpa aku tanya calculation Add Math. Sebenarnya aku tahu dia boleh buat. Risau je lebih. Bila result SPM keluar , senyum sampai ke telinga.


Selepas habis buat matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perlis (2002 to 2003) Farieth sambung belajar di Universiti Malaya, (2003 to 2007) Kursus : BSc (Hons) in Telecommunication Engineering). Sebelum dia pegi UK dia ada dtg ke STESMA. Tak sangka pulak dia terjumpa blog aku ni...

Sepanjang karierku sebagai guru, tiada hadiah yang paling berharga melainkan melihat kejayaan anak didik dan mereka mengingatiku... Thank you Farieth.... hope pelajar yang lainpun sama....

4 comments:

  1. nape la dulu sy x jadik studen kak lin. Kalo x musti dah ada entry utk sy kat blog akak...muahahahhah!

    ReplyDelete
  2. miim, tentu miim study kat uk kan? tak pe skrg dah jd rakan blog. nanti boleh promote. terutama chocolate cake tu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...