Friday, August 15, 2008

Gopeng - Asalku disitu




Gopeng ialah sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 20 km dari Ipoh, ibu negeri Perak,Malaysia.
Lebih daripada separuh penduduk Gopeng adalah berketurunan Cina (lebih kurang 60%). Industri perlombongan bijih timah yang pernah maju suatu masa dulu telah menarik kemasukan orang Cina untuk bekerja dan menghuni Gopeng. Kaum-kaum lain yang tinggal di Gopeng termasuklah orang India (terutamanya orang Tamil), Melayu dan Orang Asli.

Penduduk Gopeng dianggarkan berjumlah lebih kurang 100,000 orang.

Antara penempatan-penempatan yang terdapat di Gopeng:

Kopisan Baru,Lawan Kuda Baru,Taman Kinta,Taman Gopeng Baru,Kampung Tersusun Kampung Pulai,Kampung Tersusun Gopeng,Kampung Lawan Kuda,Kampung Jahang,Kampung Jelintoh, Kampung Sungai Itek,Kampung Pintu Padang,Kampung Gunung Mesah Hulu,Kampung Gunung Mesah Hilir (kampungku),Kota Baru Estate (small railway station town)dan
Kampung Gunung Panjang

Ada dua versi bagaimana nama Gopeng boleh wujud.
Gopeng dikatakan nama seorang pelombong berbangsa Cina yang bernama Goh Peng. Goh Peng merupakan seorang rakyat China yang miskin dan cuba membantu keluarganya yang miskin berikutan kebuluran dan bencana banjir besar di wilayah Kwangtung. Goh Peng berjaya menjadi pelombong yang berjaya.
Nama Gopeng dikatakan berasal dari nama sejenis buah pulai yang gopeng, yang bermaksud telah bertebuk oleh tupai dan lain-lain. Di sini memang banyak pokok pulai, malahan terdapat sebuah tempat yang dinamakan Simpang Pulai.
Nama asal Gopeng ialah Gunung Mesah. Beberapa orang penduduk di sini menjadi buruan tentera British semasa Perang Perak 1875.

Untuk bacaan lengkap, layari :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gopeng

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...