Tuesday, November 11, 2014

Program mengenal hati budi di Kg Lalang, Simpang Pulai Ipoh.

Salam sejahtera semua..

Hari Sabtu 8/11/2014 yang baru lalu ni, bersama-sama rakan sekerja, kami bekerja sama melakukan aktiviti di Kg Lalang.. perkampungan orang asli di pinggir Simpang Pulai.. Cameron Highland.

Beramah mesra dengan orang asli yang 98% adalah Islam.. kami melakukan aktiviti memasak, melawat rumah mereka, beriadah dan berceramah serta menyumbang sedikit bantuan kepada mereka.

Alhamdulillah.. segala perancangan.. berjalan dengan lancar. Walau hujan lebat sejak zohor hingga asar..Semua yang hadir dan diraikan berpuas hati. InsyaAllah nanti datang lagi..


 Kg Lalang ni tak jauh dari Simpang Pulai. 20 minit perjalanan je.


 ni surau merangkap dewan yang digunakan untuk aktiviti kami hari tu


 chef of the day.. tn hj musthafa

 aktiviti di dapur..
saya, hjh kamariah dan zapidah
kerja di dapur seharian..
masak utk tengahari dan petang

 air sungai depan kg tu.. memang sangat deras sebab hujan lebat..
kalau tak, memang dah terjun mandi



 antara kami yang hadir





 antara aktiviti gotong royong kami bersama masyarakat orang asli


cantikkan rumah mereka ni...

Semoga semua yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah.

Thursday, November 6, 2014

Allah akan sentiasa menguji hambanya

Salam sejahtera semua,


Setiap yang berlaku dalam hidup ini, semuanya adalah ketentuan dari Allah. Ujian itu berbeza bagi setiap insan. Ujian diberi kepada manusia kerana Allah sayangkan hambanya.. Mungkin kita terlalu leka atau lalai mengingatiNya.. ingkar suruhannya... atau mungkin Allah ingin menambahkan pahala yang ada....maka kita akan diuji oleh Allah.


Ujian diberi bukan hanya kesusahan, kesempitan, atau kehilangan... rezeki yang melimpah ruah juga ialah suatu ujian.. kesenangan, kesihatan yang baik.. itu juga ujian..

Moga kita tetap tabah menempuh semua ujian yang diberikan.. Redholah kita kerana pasti ada sinar yang menanti disebalik ujian yang Allah berikan.


Mesyuarat JK Pasukan Petugas Khas PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)

Salam sejahtera semua,


Semalam, kelmarin dan hari-hari seterusnya, akan sibuk dengan mesyuarat. Setelah bermesyuarat Senat pada hari Selasa, (830am hingga 530pm)..semalam, 5/11/2014.. saya bermesyuarat lagi..

Kali ni mesyuarat Jawatankuasa PPPM pulak.. Nasib baik la pelajar saya dah berada di semester pendek. So tak la terkejar ke kelas mengajar dan paper exam dorangpun saya dah habis tanda..

Tapi rasanya otak ni dah semakin tepu dengan kerja-kerja pengurusan... tapi sabarlah.. dah namanya kerja.. Redho sajalah.

Laporan penataran yang wajib dihantar setiap bulan..
Layan je..

Berhijrah untuk kebaikan

Salam sejahtera semua..


berhijrah... transform...
sebaiknya kepada yang lebih baik
sesungguhnya ..
semuanya nak yang baik-baik saja..

kita boleh mencuba..
jika tidak hari ini,
cuba esok..
atau lusa..
tapi sebaiknya tika dan saat  ini..

perubahan mungkin sedikit..
lama-lama menjadi bukit..


Sunday, November 2, 2014

Permohonan Online Kemasukan ke Kolej Vokasional dan SMTeknik ambilan 2015

Salam Sejahtera semua...

Permohonan Online Kemasukan ke Kolej Vokasional dan SMTeknik ambilan 2015 akan dibuka mulai 3 November hingga 14 Disember 2014.

Boleh terus ke portal rasmi BPTV [Bahagian Teknik dan Vokasional] untuk membuat permohonan.

portal PBTV 

atau kat sini pun boleh..

panduan mengisi borang juga terdapat di portal tersebut..
klik sini  untuk panduan senarai kolej dan kursus yang ditawarkan.

selamat memohon...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...