Monday, April 28, 2014

Kunjungan Pemantau BPTV ke KV Seri Manjung

Salam sejahtera semua

Pada Khamis, 24/4/2014 yang lalu, seramai 7 orang pemantau wakil dari BPTV, JPN Perak dan JPN Kedah telah datang ke Kolej Vokasional Seri Manjung bagi tujuan Pemantauan bersepadu KVSM.

Bermula dengan taklimat kepada Pengarah, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Ketua Jabatan dan Ketua Unit sehinggalah sesi menyemak semua fail yang berkaitan dengan Akademik, Prasarana, Pentadbiran, Kokurikulum dan Pentaksiran. Pengurusan Asrama juga tidak terkecuali.

Alhamdulillah sehingga jam 4:30 petang, setelah selesai Makan tengah hari dan sesi rumusan pemantauan, banyak yang dapat dikongsikan dan penambahbaikan dapat dilakukan bersama.InsyaAllah.




Obama datang Malaysia

Salam sejahtera semua.

Barrack Obama datang Malaysia!
Siapa pulak Pak Barrack tu?

Ooooo... presiden Amerika Syarikat.

Apa tujuan lawatannya?
Presiden ke dua selepas LB Johnson yg datang ke Malaysia pada 1966.
Selepas 48 tahun..

May be DS Najib knows...

 Bersama DYMM YDPA Sultan Abdul Halim Muadzam Shah


Bersama DS Najib Tun Abd Razak
Perdana Menteri Malaysia.

Lawatan bermula 26 April, berakhir 28 April 2014 dan meneruskan lawatannya ke Filipina.

Friday, April 25, 2014

Anak dara pemalu..

Salam sejahtera semua

Hari jumaat.. dah petang jumaat.
tapi masih bekerja..
kalau cikgu lain dah lama terbongkang atas katil.. tdo..


Tapi hari ni..
petang jumaat ni saya sangat beruntung
ditemani oleh anak dara saya yang sangat pemalu..
ok la tu..
boleh tolong saya buat kerja..
hahaha
siap juga tugas menanda kertas...

Thursday, April 24, 2014

Semak Keputusan Kemasukan Matrikulasi 2014/2015

Salam sejahtera semua..

Anak-anak dan adik-adik yang menunggu keputusan permohonan ke Matrikulasi bagi kemasukan sesi 2014/2015 bolehlah pergi ke laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau klik saja http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/.

Masukkan saja nombor kad pengenalan.

Atau boleh juga gunakan khidmat SMS

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)


  • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAT 920605051542

Wednesday, April 23, 2014

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Salam Sejahtera semua


Cinta itu hadir kerana perkenalan... 
Bersemi kerana perhatian... 
Bertahan kerana kesetiaan... 
Namun cinta itu bisa gugur 
Kerana satu kebohongan... 

novel yang sangat saya suka. telah diadaptasi kepada drama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...