Thursday, June 28, 2012

Persiapan karnival olahraga KVSM 2012

Salam sejahtera semua

Dua tiga hari kebelakangan ni memang agak sibuk dengan sukan.
Banyak sekolah dah bersukan pada minggu pertama buka sekolah selepas cuti penggal pertama dulu.

Sekolah kami akan melangsungkan sukan esok.
Jumaat 29/6/2012
esok sebenarnya cuti peristiwa. maka kami penuhkan dengan mengadakan sukan.
Harap semuanya berjalan lancar.

... dan kami masing-masing sibuk dengan persiapan akhir...
good luck semua..
semoga ruma Beta menang
hehehe..

 

Tuesday, June 26, 2012

26.6 hari lahir arwah abah..

Salam sejahtera semua

hari ini 26 haribulan June
adalah hari lahir arwah abah yang sangat aku sayang...
Sofian Nazri..
nama unik yang diberikan arwah atuk (emak arwah abah)
rasanya tiada nama seindah itu di dunia ini..
walau aku sendiri tidak pasti akan maksudnya..
arwah abah dilahirkan di Kg Gunung Mesah Hilir Gopeng,
Sewaktu lahirnya ke dunia..
ayahnya telah meninggal dunia
tanpa sempat menatap dirinya..

walau arwah abah telah lama meninggal,
25 Julai 2012 ini genap 10 tahun..
tetapi kenangan bersamanya tetap terpahat di ingatan.
Walau sedih, sebak dan terharu
Alfatihah tetap kutitipkan buatmu abah
Semoga abah tenang di sana..


Potret arwah abah sewaktu berusia 25 tahun
Gambar yang diambil pada 16Dec1964
di Kota Bharu Kelantan

Indah Ciptaan Ilahi

Salam sejahtera semua,

Allah maha pencipta
mencipta sesuatu yang sangat indah

tengok langit seawal pagi yang sempat saya rakamkan sekitar seri manjung
masa ni saya nak hantar anak saya ke taska
cantik sungguh awan yang terbentuk tu
elok saja susunannya...

Allah maha besar!

Monday, June 25, 2012

Menggunting kain untuk baju kurung pesak ...

Salam sejahtera semua

Saya memang suka menjahit baju. 
Walaupun hanya pandai menjahit baju kurung pesak,
pandai menjahit mesti seiring dengan mood untuk menjahit
(bermula dari memilih fabrik, menggunting, mencantum dan mengkelim...)

semalam memang mood menjahit saya datang tiba-tiba
sempat saya menggunting 5 pasang kain
untuk baju raya?
untuk baju kerja?
hehehe

yang kelakarnya masa saya menggunting tu..
anak dara saya siap sound saya
"mak! dasar baju mak tu guna kertas surat khabar je ke?"
"okay sangatla tu"
"kenapa mak tak gunakan kertas minyak?"
"kertas minyak kan dah bagi kat nurul, projek KH?"
:)

guna dasar baju ni sangat mudah
dan cepat
sebelum tu saya biasa lukis atas kain,
tapi
lambat..
lagipun ukuran badan saya sama je..
tak berubah..


Friday, June 22, 2012

Lebuh raya pantai timur

Salam sejahtera semua

cuti sekolah yang lalu, kami ke Terengganu. 
Masa nak memulakan perjalanan dan setting gps,
nampaknya kami kena melalui cameron highland, gua musang
1. Jalan Gua Musang - Cameron Highlands sejauh 471 km, memakan masa 7 jam 57 min
2.  Jalan Grik - Pasir Puteh, 517 km, memakan masa 8 jam 39 min
3. Lebuhraua utara selatan terus lebuhraya pantai timur, 676 km, masa 8 jam 50 min



maka, lebiih baik melalui tanjung malim, rasa, genting sempah dan terus ke terengganu..
banyak juga kenderaan sebab hari siang..

Selepas melepaskan hajat di bulatan genting highland,
kami memasuki lebuh raya pantai timur bermla karak.



 Keadaan lebuhraya yang agak sunyi..
nasib baik siang dan tak hujan


Selepas hampir 8 jam kami sampai di Cukai...
Hampir 10 jam perjalanan.. baru sampai ke kuala Terengganu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...