Saturday, December 31, 2011

ke Zon dan Pasar Karat

Salam sejahtera semua

tak habis lagi nak cerita bab pegi JB.
Selepas ke JPO, kami redah terus ke Johor sebab dah lama sangat kat JPO tu dan bukannya beli apa-apa.

Pusing punya pusing sebab dah berubah sangat jalannya.. guna GPS tapi ntah ke mana-mana peginya..
At last jumpa juga stulang laut dan cari gerai makan kat situ. Perut dah mendidih sebab lapor..

Selepas makan dan solat, kami jenjalan ke tZon. saja nak ambik angin sejuk. Nak lepas ke S'pore.. tak ada pulak passport. Lama jugak kami kat situ. Tapi tak sempat jumpa Siti Nurhaliza sbb dia dh balik. (ada program dgn Miss Universe).

Kami tawaf sampai pagi .. sempat ke Pasar Karat (macam uptown)..
penat tapi best..

 sepupusepapat berfoto depan selat tebrau



 sebab time krismas, ramai pulak yg sudi jd santa




 suasana di pasar karat JB
murah dan kena pandai pilih..


Johor Premium Outlet ~ JPO

Salam sejahtera semua




Apa yang best kat sini?
kat mana ni?
cari apa kat sini?

Mula-mula datang memang rasa macam nak balik je.. punya lah ramainya manusia..
Adik tanya kita nak pegi jalan2 ke mana.. tak plan pun.. sekadar ronda-ronda Johor ok je.. so adik bawak kat sini. Dekat je dengan rumah dia.

Kat sini outlet barang branded spt gucci, coach, adidas, dkny, bonia, ... ish tak tau nak menyebutnya.. tempat ni baru dibuka. memang masa kami pergi ada sale sampai 80% diskaun tapi sbb bersesak dengan orang yang ramai... tak jadi le...
kat butik coach paling ramai beratur..

kebanyakan yg datang tu warga singapore.. bandingkan harga RM dgn dollar s'pore.. mesti lagi murah kat sini. Ada juga yang berkenan tapi biar dulu le.. next time boleh datang lagi or pesan je kat adik..

Jalan-jalan ke johor

Salam sejahtera semua

cuti sekolah jalan-jalan ke johor rumah adik. Sebenarnya dari tahun lepas cadang nak pergi tapi tak sempat. Kami bawa mak sekali dan along serta familipun ada.  Kami pergi hari sabtu 24/12. Memang masa tu jalan memang sesak sebab ramai yang mengambil peluang cuti sempena krismas..

Dah lama sangat tak datang Johor. Hampir 20 tahun sebab waktu last datang dulu tahun 1992. Masa tu sambung belajar di UTM Sekudai.. Bayangkan...

perjalanan yang jauh (hujung Malaysia) dengan kereta yang banyak di highway.. namun masa tu hari mendung dan hujan renyai.. so tak la terasa stress sangat.

 tengok la awan hitam di langit tu...

perjalanan hampir 4 jam..
lega bila sampai rumah adik di Kulaijaya..

cuti sakan

salam sejahtera semua..
lamanya saya tidak update!
tak apa..
saya pasti ada yang menjengah ke sini..
tentunya hampa sbb tiada entry baru..

tahun baru 2012 menjelang kini
meninggalkan 2011 penuh kenangan

saya dan keluarga memang bercuti sakan kali ini.
bukanlah ke manapun..
banyak di kampung dan berjumpa sanak saudara..

mungkin waktu cuti sekolah ni aja yg sempat kami berkumpul bersama sanak saudara
waktu lain masingmasing sibuk bekerja dan bersekolah..
apa-apapun memang saya bercuti sakan..

OSBON menang Maharaja lawak mega

Salam sejahtera semua..


Walaupun ramai yang menjangkakan BOBOI menang, tapi OSBON memang mantap.
Tahniah buat OSBON (Os dan Abon) kerana menang hadiah RM350 000.00 .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...