Salam sejahtera semua..
Hari ini adalah hari ke dua bagi pengajian di Kolej Vokasional Seri Manjung. Bermula pengajian Semester 6 bagi pelajar diploma dan semester 2 dan 4 bagi pelajar pra-diploma.
Pelajar pra-diploma sedang menjalani semester pendek (belajor subjek Employability Skills)..
Manakala pelajar diploma pulak dah mula kuliah seperti biasa. Kelas saya hanya akan bermula pada Khamis ni sebab semalam (Isnin) dah "burnt" sebab ada perhimpunan.
Saya masih lagi mengajar Matematik untuk pelajar semester 6. 3 kelas semuanya.
Semoga pelajar-pelajar saya semester ni akan lebih cemerlang lagi....
Tuesday, June 10, 2014
Thursday, June 5, 2014
Terung pipit
Salam sejahtera semua,
pernah makan terung ni?
sedap untuk dimasak sambal tumis bersama ikan bilis..
Makan mentahpun sedap.
Ada yang panggil terung pipit. Ada yang panggil rimbang...
pernah makan terung ni?
sedap untuk dimasak sambal tumis bersama ikan bilis..
Makan mentahpun sedap.
Ada yang panggil terung pipit. Ada yang panggil rimbang...
Tuesday, June 3, 2014
Hadiah #1 menyanyi
Salam sejahtera semua,
Anak bongsu saya, Izham memang gemar menyanyi. Tak kira apa lagu.. Nasyid pun jadi.. Kalau lagu rap, lagilah hafal.. hahaha
Minggu sebelum cuti sekolah penggal 1 hari tu..
Izham: mak, cikgu bagi hadiah nasi lemak dan wafer..
Mak: eh! mak tak tau pulak Am masuk pertandingan nyanyi.
Izham: adalah mak. Am ada bagitau kat mak
Mak: ok.. tahniah! Am nyanyi lagu apa?
Izham: lagu Al Haq la mak.. Mawi dan AC Mizal.
Mak: Am nyanyi sorang ke?
Izham: Ada 3 org satu kumpulan.
Mak: :)
Terima kasih Izham share hadiah dgn mak dan ayah..

Monday, June 2, 2014
Matrikulasi perakaunan: Kolej Mara Kuala Nerang
Salam sejahtera semua,
Saya tidak tahu pun tentang kewujudan Kolej Mara Kuala Nerang ni. Sehinggalah anak sulung saya Ikhwan mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di sini untuk program Matrikulasi KPM.
Rupanya Kolej ni (KMKN) dah beroperasi lama (hampir 10 tahun). Asalnya dulu ialah kolej matrikulasi UUM (Universiti Utara Malaysia).
KMKN ini menempatkan pelajar asasi UniKL untuk program Engineering dan matrikulasi perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terletak kira-kira 30km dari bandar Alor Setar dan 2 km dari pekan Kuala Nerang. Kalau dari lebuhraya Utara Selatan (dari arah Selatan), susur keluar di tol Alor Setar Utara, lepas bayar tol, ambil arah kanan dan ikut je papan tanda ke Pokok Sena, Langgar dan Kuala Nerang.
Kolejnya yang terletak di sebelah kanan jalan menempatkan tempat pengajian yang tenang dan damai. . sesuailah untuk anak-anak belajar..
Sunday, June 1, 2014
Selamat datang Syaaban dan Jun
Salam sejahtera semua,
Hari ni dah 2 syaaban bersamaan 1435 Hijrah. Hari ini juga dah masuk 1 Jun 2014.
Hari berlalu, musim berganti..
Tiada erti menoleh kembali
Hanya mampu mengambil iktibar atas setiap yang berlaku
Sentiasa bersedia untuk hadapi segala rintangan yang mendatang
Hanya pada Allah swt tempat meminta, berdoa dan berserah
Sesungguhnya putaran masa akan menjadikan kita lebih berusaha
Kerna,
yang pergi tidak akan kembali...
yang patah tdak sama dengan yang tumbuh berganti
yang hilang tidak mungkin akan mendatang..
namun hidup perlu diteruskan..
Salam Syaaban buat semua..
semoga segala amalan baik kita akan diterima Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)