Wednesday, February 8, 2012

Novel Fauziah Ashari ~ Kan Kukejar Cinta Kamu

Salam sejahtera..

cuti hujung minggu yang lama..
sempat lagi ke kedai buku
sambil makan angin dengan adik dan kakak




nampak novel ni terus beli
RM 28.90  dapat RM21.00
mungkin tengah promosi kot
dengan halaman 795
aduhai.. lamanya nak habiskan..

penulis novel ombak rindu...
juga penulis novel ini..
ok, ini sinopsisnya...
Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

--------------------------

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

-------------------------

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

----------------------------
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

selamat membaca...

Thursday, February 2, 2012

Novel aisya sofea - uda dan dara

Salam sejahtera semua




saya sedang dalam proses membaca novel ini
masih di peringkat awal..

sinopsisnya:
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”

Wednesday, February 1, 2012

Projek kenali saya

Salam sejahtera semua..

saya jarang bercerita tentang anak murid saya di sini.. Entah kenapa.. dulu masa mula-mula berblog, ghairah juga. Tapi mungkin selepas "ditegur" tentang keikhlasan dan ketulusan saya.. maka saya seakan-akan "merajuk"... terus saya "malas" nak bercerita lagi...

tapi kali ni, saya ingin sekali berkongsi kisah hidup bersama anak didik saya... sebab sekarang saya dah mengajar subjek yang bukan opsyen saya.. saya suka mencuba sesuatu yang baru. Mengajar subjek sivik, suatu cabaran bagi saya. Walau ada yang akan berkata:
"setakat sivik.. bukan ada exampun.. ajarlah add math ke.."

untuk pengetahuan semua, saya dah berbelas tahun mengajar matematik. add maths pun biasa..
cuma dua tahun kebelakangan ini saya mengajar mp komputer... dan tahun ni saya kembali mengajar matematik dan sivik.

sebentar tadi saya ada kelas dengan pelajar 5pk.. sebenarnya saya nak mereka buat pembentangan tentang pembelajaran sepanjang hayat. tetapi kerana ada masalah teknikal, rancangan saya tu terpaksa dibatalkan. Saya cadangkan kepada mereka supaya ceritakan tentang diri masing-masing dan bayangkan hal diri mereka lima tahun akan datang... macam-macam gelagat...

 pelajar saya ada 25 orang

 elmika sedang beraksi.. susah betul nak tunjuk muka

 najmi syamimi nak jadi polis





 baron nk jd businessman



semoga mereka semua berjaya kelak..

Keputusan Peperiksaan SPM 2011

salam sejahtera semua

Keputusan peperiksaan SPM 2011 akan diumumkan pada 22 Mac 2012 bersamaan hari khamis. 
Sejumlah 468,808 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,533 pusat seluruh negara.

Sama-sama kita tunggu dengan perasaan penuh debar..

Semoga anak didik saya beroleh kejayaan yang cemerlang..

[Gambar] pra perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai

... dah merata-rata gambar pra perkahwinan pasangan sensasi ni di internet.. betul atau tidak tu.. wallahualam...

saya suka juga tengok drama yang dilakonkan oleh pelakon ni...terutama drama chinta...

ok.. kalau nak tengok foto menarik.. jom ke blog bulan purnama..

tahniah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...