Friday, September 23, 2011

Kursus Pensijilan Kemahiran Malaysia

Salam sejahtera semua..

hari isnin dan selasa yang lalu, sempat juga hadir kursus.. bukan kat hotel... kat sekolah jeee...

tujuan kursus ni diadakan ialah untuk persediaan menjadikan sekolah vokasional kepada kolej vokasional. Bila sekolah dah jadi kolej.. cikgupun kena dinaiktarafkan...

best jugak... enjoy la walaupun banyak "benda" yang perlu diperjelaskan dan difahamkan..

 E. Kamal,  penceramah JPK


 guru-guru kusyuk mendengar..



 urusetia..




kursus dua hari yang memberi input ..

Monday, September 19, 2011

PIZZA

Salam sejahtera semua..

lama tak makan pizza
pizza kat sitiawan tu dlm proses renovation..

anak-anak dah teringin sangat
sudahnya 
zie's pizza kat billion

ok jugak rasanya..

nak buat sendiri tak pandai..
sebenarnya malasss..

Sunday, September 18, 2011

Agar-agar merah berlaici

Salam sejahtera semua

musim-musim raya dan rumah terbuka ni, 
mesti ramai yang tak pasti apa menu 
yang akan dihidangkan kepada para tetamu..

apa kata cuba menu agar-agar merah berlaici ni...
agar-agar ni sangat mudah dibuat
akak ambik idea dari rancangan masakan
5 rencah 5 rasa..
tapi akak ubahsuai ikut selera akak

bahan-bahan:
2 paket agar-agar 25 g
1 tin susu cair
1 tin laici
gula pasir
pewarna merah
sehelai daun pandan

cara nak buat..
bahan A
1. masak 1 paket agar-agar bersama 1000ml air sehingga semua agar-agar hancur
2. sementara itu blend laici(buah je)  bersama 1 tin susu cair
3. masukkan gula pasir secukup rasa
4. masukkan laici yg telah dikisar tadi ke dalam agar-agar yang dimasak..
5. setelah mendidih, tuang ke dalam loyang dan sejukkan hingga keras.
bahan B
6. kemudian untuk agar-agar merah... masak 1 paket bersama 1400ml air hingga hancur..
7. masukkan daun pandan dan gula secukup rasa.

8. Agar-agar bahan A yang telah keras tadi dipotong-potong dan disusun di dalam bekas
9. Tuangkan agar-agar bahan B ke atas agar-agar bahan A dan biarkan sejuk
10. selepas tu boleh dipotong dan dihidangkan..

SELAMAT MENCUBA..


Saturday, September 17, 2011

peperiksaan percubaan spm 2011 hampir selesai...

Salam sejahtera semua..

peperiksaan percubaan spm 2011 yang bermula pada 7 september lalu
dah selesai bagi pelajar vokasional elektrik elektronik..
kepada pelajar vokasional pengaturcaraan komputer..
peperiksaan akan berakhir pada hari selasa ini...

sebagai setiausaha peperiksaan sekolah
tanggungjawab menguruskan peperiksaan
dilakukan dengan sebaik mungkin..

... nak update blogpun kiv dulu..
walau apa jua keputusan yang bakal setiap pelajar raih..
spm sebenar pada november nanti adalah detik permulaan ke alam
pengajian tinggi...


Friday, September 9, 2011

sedapnya maggie

Salam sejahtera..




selepas kekenyangan makan lemang, rendang, ketupat dan segala kueh mueh.. 
sesekali sedap juga menikmati mee segera ni.. 
tapi jangan makan selalu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...