Salam sejahtera semua..
Kelebihan Surah At-Taubah (ayat 128-129)
Bismillahirrahmanirrahim..
Barangsiapa yg membaca ayat ini dengan izin Allah maka tidaklah ia
binasa oleh senjata tajam dan mati kecuali terlupa membacanya atau telah
tiba ajalnya..Hendaklah diamalkan bacaannya sebanyak 3x,9x,11x atau dlm
bilangan ganjil selepas menunaikan solat fardu
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh mememudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk
hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan
ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
5. Ayat ini juga untuk pengasih.
6. Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat
membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan
mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir,
dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ni, tak boleh
nak ingat, padahal hari-hari kita baca. Itu tandanya…ajal kita sudah
hampir tiba. Inilah salah satu petanda yang Allah beri pada hambanya
yang mengamalkan surah Al-Taubah, ayat 128-129.
#nota ni saya share dari facebook kawan saya norhasita mohd yusof.
semoga bermanfaat
ReplyDelete