Wednesday, April 17, 2013

Catatan diariku 1

Salam sejahtera semua



Selasa-16/4/2013
Sememangnya dah lama sangat tidak menulis .. mencatatkan sesuatu buat blog kesayanganku ini. Faktor utama ialah masa. Hahahah sesungguhnya “demi masa… sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian… “ itu ayat Allah… manusia diberi masa 24 jam sehari semalam. Tanpa gagal. Namun manusia yang yg telah menggagalkannya…

Apabila bekerja 8-5.. menjadikan aku semakin sibuk. Walau hanya mengajar sejam sahaja sehari, namun masa itu dipenuhi dengan menanda hasil kerja pelajar. Kuiz, tutorial, tugasan lain yang rasanya macam tak menang tangan. Mengajar dua kelas semester 3 dengan 64 pelajar..mungkin menjadikan aku lebih kreatif dalam melaksanakan tugasanku.
Bukan sekadar itu, kerja-kerja sampingan yang bukan tugas mengajar juga menjadikan aku penat. Istilah “penat” yang aku maksudkan ialah penat melayan isu-isu remeh…  bila ada pelajar yang tidak hadir waktu matematik, tak kiralah sama ada mereka sakit, ponteng, wakil sekolah.. yang pasti mereka TIDAK HADIR… ermm memang memenatkan. Tugas kuliah harus diulang, begitu juga kuiz, tutorial dan seangkatannya… Apabila penat melanda.. boleh buatkan kita STRESS..

Balik rumah, kalau boleh malas nak fikir hal kerja dah… sekarang ni nak masakpun malas. Entah kenapa. Kesian suami dan anak-anak. Kalau boleh aku tak nak salahkan orang lain. Nak masak nasi sekadar lauk goreng ikanpun aku malas… ermmm tak tau lah. Bila aku rajin, barulah sesekali anak-anak merasa makan nasi, or bihun goreng or apa-apalah… eh! Teringin pulak nak makan pengat ubi keledek + gandum + jagung.. sedapnya.. tengok daun pandan dalam pasu tu dah rimbun. Kalau tak digunakan, buruk camtu je.. macam daun kunyit tu.. sampai dah ada pokok lain yang menumpang.. hahahha

Eh! Kat rumah aku memang tak ada tanam pokok bunga. Suami akupun macam malas je aku tengok. Kolam ikan dia dah kering kontang dan bekas kolam tu pun dah macam ready nak di let go aja.. hihihi
Apa pulak yang aku melalut ni.. ok lah.. chow dulu!

Terima kasih kepada yang sudi membaca coretanku. Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...