Hidup tentu lebih bermakna apabila mempunyai sahabat yang baik. Dalam membina jambatan persahabatan, kita dianggap beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami.
Bagaimanapun dalam jalinan persahabatan itu, apa yang kita dan sahabat harapkan adalah keikhlasan dan kejujuran..
Apabila bersahabat, diri sendiri dan sahabat harus mempunyai tanggungkawab serta punya harapan sendiri.
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.
2. Jangan terlalu celopar atau mengkritik, jika sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif seperti gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumah tangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui.
9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri engan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikan dan sebagainya.
**** sesungguhnya dalam hidup ini kita tidak boleh hidup seorang diri...
sahabat boleh menjadi sumber kekuatan kita...
Saya suke gambar kucing berpelukan tu.. :)
ReplyDeleteamirul,
ReplyDeletecute kan?
harap-harap semua sampukan aku di sini tak menyinggung perasaan.
ReplyDeletekekadang sekadar nak melawak je!!!
Sahabat adalah aset yang tak kan pernah terdepresiasi nilainya...
ReplyDelete# Plagiat adalah mengakui hasil karya orang lain sebagai karya sendiri. Klo kita tertarik pada tulisan di blog orang lain, kemudian copy paste TANPA mengakui itu sebagai karya pribadi (memberi sumber/link jika di repost), maka itu TIDAK termasuk PALGIAT. (menanggapi komen di shoutmix...)
OneZ,
ReplyDeletegurauan senda sahabat adalah nyanyian alam yang mendamaikan.
semoga kao terus "mengomen"
hahaha..
Ijopunk..
ReplyDeletesekadar meminta pendapat sebab banyak sangat plagiat di sana sini waima pelajar2 ipt pun menjadikan aktv tersebut utk menyiapkan tesis dan assignment..