Tuesday, January 20, 2009

Menggamit memori


Dalam membelek album foto lama-lama, mata tertumpu seketika pd gambar yang satu ni. Semua yg ada dalam gambar ni pastinya sekarang guru yang dedikasi kerna ianya diambil 17 tahun yang lalu. Agaknya yg mana "aku"? klik je kat gambor... besor le...
aku sorang je yg pakai tudung hijau...


Sesungguhnya kenangan sewaktu menuntut ilmu pendidikan di menara gading di selatan tanah air terpahat kukuh dilipatan memori.. walaupun hanya setahun...dan UTM juga melengkapkan senarai kunjunganku ke semua negeri di bumi Tanah Melayu ini.

Dan UTM juga menemukan aku dengan rakan penaku yang hanya aku kenali di arena persuratan hampir 10 tahun. Kenal orang tanpa wajah... memang tak disangka. Itulah Hanim Tokeran.... (5 dari kanan di barisan hadapan) kami sama-sama menuntut di MRSM. tapi dia di MRSM Muar, aku pula di Kuantan. Malu juga rasanya bila teringatkan kami selalu berkongsi suka duka di persuratan tanpa pernah bersua muka. Lepas di UTM, kami masing-masing dgn haluan sendiri... dulu dia posting di Sarawak. Apa khabar agaknya sekarang???

Maka akupun menggamit memori silam... apa khabar Pak Abu? En. Shafiq? En. Mazlan? ahhh.. ramai lagi yg akupun dah lupa namanya...

Kepada kak Nani di Terengganu... bila lg kita nak jumpa ye? Ingat tak kenangan buka puasa makan nasi ayam di masjid U?.... semuanya kes nak siapkan presentation teknologi....

12 comments:

  1. Dia bukak dah sejarah. Bila lak kita nak bersua muko. Dok sekampung..tapi langsung tak ponah jumpo. Lagi haru.

    ReplyDelete
  2. Huaaa..cerita sejarah lama...hehehe..Tentu kita tak boleh lupa kawan-kawan lama kan? Saya ni dalam proses to track back my old friends

    ReplyDelete
  3. wah gambar masa dulu2.... nanti tunjuk lak gambar masa sekolah ke, kat u dan seterusnya...

    ReplyDelete
  4. kenangan2 lama tu memang takkan boleh dilupakan.. kdg2 mengundang cerita baru pulak..

    ReplyDelete
  5. Gambar kenangan lama tu jaga baik2. Mahal tu sebagai kenangan. Kita patut belikan video camera zaman sekarang agar anak2 dan cucu cicit kita akan datang dapat lihat video kita pada masa sekarang di masa hadapan.
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  6. One Z,
    malu nak bersua...

    Tirana,
    kawan lama mencorakkan memori hidup kita. akakpun dlm usaha nak cari my precious friend...

    TC,
    dolu dolu... tu yg cg haris terpaut tu.. heh..heh..

    ctm,
    akan diusahakan.tq...

    saya,
    mesti semua org ada kenangan masing-masingkan?...

    rantong,
    video camera memang ada. skrg sdg d'usahakan utk dibuat koleksi... boleh buat muzium...

    ReplyDelete
  7. salam kak.. ade tag untuk akak.. nnt ambik kat blog mar yer.. slm cyg..

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Lin.....
    Salam kunjungan balas!!!

    Sempoi blog cikgu2 nih.....

    Kak Lin Gua Add link Kak dalam Blog Gua..k
    amacam bleh ker?

    ReplyDelete
  9. Mar,
    tq. susah sangat nak masuk rumah mar... selalu "pending"

    Dj Epoi,
    boley boley...

    ReplyDelete
  10. comelnya kak lin ms muda
    mcm sy je..hehe
    eh, tersalah puji..

    ReplyDelete
  11. mimi,
    sekarang lagi comellll... he..he...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...