Sunday, August 17, 2008

Rendang Daging Minangrawa

Kepada yang tak dapat jemputan makan kenduri hari ini dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba rendang daging minangrawa ni. Simple je.

Bahan-bahan:
1 kg daging
250 g paru + hati (pilihan, siapa tak suka tak payah taruk..)
10 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
2 helai daun kunyit - dihiris
santan RM2.00

Cara penyediaan:
1. Kisar cili, bawang, halia, lengkuas dan serai. Tumiskan (guna sedikit minyak).
2. Bahan tumis dah naik bau, masukkan daging yang telah dibersihkan. Masukkan secawan air bagi mengempukkan daging.
(oh ya, jika nak masukkan paru + hati, kena rebus asing dulu, baru senang dihiris)
3. Apabila daging dah agak empuk, boleh masukkan santan dan kacau sehingga agak kering.
4. Jangan lupa garam secukup rasa dan daun kunyit yang telah dihiris.
(Petua: daun kunyit tabur last sekali supaya aromanya tak hilang).

**** Rendang ini tak memerlukan kerisik kerana dah banyak guna santan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...