Tuesday, November 8, 2011

Tengahari baru dia aktif..

Salam sejahtera semua..

Sepatutnya hari ni ada kelas dari jam 10:30 pg sampai 2:00 ptg..
tapi pelajar tingkatan 5 ada taklimat pulak pada jam 12:00 tgh.

so sementara tak ada apa nak buat,
sempat lagi nak up date blog..

tengok header blog ni macam dah lama..
nak buat yang baru..
malas nak edit mengedit..
so. edit sikit sikit je dulu..
"sebenarnya jealous tengok blogger lain dah berkali kali tukar header.."

sambil tenung kat wall ni terperasan iklan nuffnang yang menari-nari..
selalunya jarang nampak iklan ni aktif..
"yela.. selalu bukak dah tengah malam"
seronok seronok..



tq mr nuffnang.. lain kali bagi lagi ye..

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha di kuala lumpur

Salam sejahtera semua...
Alhamdulillah kami selamat sampai di gombak pada jam 6:30pm sabtu...
walau agak penat tapi lega sbb kami tak perlu bersesak dan terperangkap di jalanraya.
Lorong menghala ke kl lengang.. kesian pulak bila tengok deretan kenderaan di lorong ke utara
bersesak-sesak.. ntah bila agaknya dapat sampai ke destinasi masing-masing...

Dalam keletihan sempat ke giant beli barang keperluan utk raya... sekadar nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam dah ok la tu.. anak nak lontong ... buat juga la walau tak jumpa tauhu dan suun.

aidiladha disambut sederhana... slps smbhyg dan ziarah pusara arwah ibu suami.. kami ke rumah angah(adik arwah mak mertua) ...

terus kami "jalan-jalan" ke pusat bandaraya... Tengok gelagat warga asing yg memenuhi setiap ruang
Kuala Lumpur... mcm jakarta.. ada juga mcm hong kong
Walau apa juga persepsi... suasana raya di kg tak sama dgn d kuala lumpur

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Salam sejahtera semua..

dikesempatan ini ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha
buat semua rakan

tak kira di mana berada
semoga semua pengorbanan yang kita lakukan
seikhlas mungkin
dan
mendapat keberkatan
juga
pahala
yang setimpal
dari
Allah s.w.t..


Thursday, November 3, 2011

kata-kata Prof Ungku Aziz

Salam sejahtera semua..

minggu peperiksaan di sekolah telah selesai.
kepada pelajar tingkatan 4, masa yang tinggal lebih kurang 2 minggu ni
terus diisi dengan program yang dirancang secara ad-hoc..
terkini ialah program Karnival Best 4..
ala.. program sepak-sepak bola..

jadi le daripada tak buat apa-apa..
boleh jugak keluarkn peluh..


kepada pelajar tingkatan 5,
persediaan untuk menghadapi SPM pulak semakin rancak dijalankan
Program Kepung, Program Gerak Gempur, Program Mohon restu..
... dan macam-macam lagilah..

bagi cikgu-cikgu..
semuanya sibuk menanda kertas..
maklumlah markah peperiksaan semuanya kena selesai di "key-in" sebelum 11 hb Nov 2011
sambil-sambil tu sempat juga menjeling ke komputer riba masing-masing..

... renung-renungkan...
agaknya kita dalam kategori mana? 
hehehe..


Wednesday, November 2, 2011

mesyuarat mesyuarat

mesyuarat kurikulum telah diadakan pada hari isnin 31 oktober lepas. perbincangan
ttg ke arah persediaan spm 2011 yg akan bermula 14 november nnt.
Semoga anak didik dpt mmberi yg terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...