Wednesday, August 27, 2008

Aghhh...lega rasanya










Ah betapa lega rasanya kerana telah dapat menyelesaikan satu tugas yang telah diamanahkan. Menjadi penceramah untuk membantu anak didikku sekalian. Slotnya sekejap jer. Tapi persiapannya, berbulan-bulan. Ada jer halangannya. Rasanya tak salah berkongsi ilmu untuk kebaikan semua. Nak buat course for the teachers pun tak sempat. Banyak sangat programnya.

Aku tengok bebudak tu ada rasa tanggungjawab utk ambik exam. tapi ada jugak yang degil. terlepas lari. Yg itu aku hanya dapat berdoa dan serahkan pd Allah. Kita nak tolong dia, tapi.... Untuk pelajar 5 Teknik, insyaAllah cikgu akan cuba cari masa untuk input yang lebih bermakna supaya anda semua boleh score A. Together we strive for excellence

Monday, August 25, 2008

Izham and peace






Muhammad Izham bin Haris. Anak ketiga. Kecil tapi paling bijak. Kalau bergambar suka sangat dengan simbol peace tu. Makan banyak tapi tak besar-besar. Masa lahir, dia paling berat. 3.7 kg. Tahun 2010 masuk sekolah Tahun 1. Kalau bercakap, bahasanya tak berlapik. Jangan nak ambik hati. Kat rumah paling aktif. Tapi kalau dengan orang yang dia tak biasa, sori... tak layan.

Kembali kpd rutin biasa

Dah lama sangat tak berblog. Cuti kan!!!! Setting pun dah lari. hari ni first day kerja. masih holiday mood. Anak aku; nurul, sakit perut pulak. Apa lagi, pontengla dia.... Pepagi ni ujan plak.
Sampai sekolah punch card merah. Macam student kata, better late than never. Nasib baik kelas 8.40. Aku masuk kelas pun macam jumpa student baru. Masih mood cuti. Tapi sebab kelas form 5, ada 80 hari lagi nak SPM, kena injek gak. Bagi la tips sikit-sikit camner nak score.

Tuesday, August 19, 2008

Selamat menjalani exam PTK

Kepada semua warga STESMA dan semua kengkawan yang mengenali diriku, Selamat menjalani exam PTK. Tak kira lah yang dah exam hari ini, esok ataupun lusa. Hari ini dah mula exam utk calon staf pejabat, pembantu makmal, penyelia asrama dan sebahagian guru DG29. Esok (Rabu) untuk guru DG29 dan DG32. Lusa (Khamis) utk guru DG41. Harap-harap dapat jawab dengan baik dan dapat level 4. (Boleh belanja Kak Lin)
Tapi tahun ni aku tak ambil exam sebab aku jaga exam.....

Sunday, August 17, 2008

Silver medal for Malaysia




Lee Chong Wei (Malaysia) won silver Olympic medal in badminton men's singles. Tahniah walaupun hanya pingat perak selepas ditumpaskan oleh Lin Dan (China), 12-21, 8-21.
Lin Dan seterusnya menang pingat emas. Malaysia perlu melahirkan lebih ramai pemain yang berkaliber sekurang-kurangnya untuk tempoh masa 10 tahun akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...