Thursday, November 6, 2008

Hari Khamis malam Jumaat

Membaca surah Yasin
Sekadar berkongsi bersama teman-teman...

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:
"Sungguh bagi tiap sesuatu adalah jantung sedang jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat untuknya sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali."

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Barangsiapa mengamalkan bacaan surah Yasin setiap malam lalu ia meninggal maka ia mati Syahid."

"Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam hari maka di pagi hari ia terampun dosanya."

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

*Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
*Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
*Jika terpenjara akan dibebaskan.
*Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
*Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
*Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
*Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
*Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

***************
Mudah-mudahan kita semua sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat...

4 comments:

  1. alhamdulillah...baru lps abis baca surah yaasin.

    kak lin,ada tag tau...amik eh...

    ReplyDelete
  2. ladyell,
    alhamdulillah.
    terimakasih di atas tugasan tuhhhh..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    tanda ingatan tak putus kpd yg Maha Mencipta..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...