Salam sejahtera semua...
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah telah diputerakan pada 19 April 1928. Sebagai rakyat kelahiran Perak, tentu sedikit sebanyak kena tahu tentang raja kita . Sempena hari ulang tahun keputeraan baginda hari ini....Jom kita kongsikan info ini.....
DAULAT TUANKU...
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH (1984 - SEKARANG)
Dengan kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah II pada 3 Februari 1984, Dewan Negara Perak telah bersidang dan bersetuju melantik Raja Muda Raja Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-34. Baginda ditabalkan dengan penuh adat istiadat pada 9 Disember 1985 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan memakai gelaran Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Baginda diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, dan mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah. Kemudian baginda melanjutkan pendidikan di Kolej Melayu di Kuala Kangsar. Baginda meneruskan pendidikannya dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, dan diterima sebagai ahli kepada Lincoln's Inn di London pada 23 November 1954.
Sekembali baginda ke tanah air pada tahun 1954, baginda berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dua tahun selepas itu, baginda menyertai perkhidmatan kehakiman dan perundangan. Baginda berjawat sebagai Majistret Kelas Pertama (dari tahun 1955 ke 1957), Presiden Mahkamah Rendah (1957-1959), Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwaraya (1959), Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang (1959-1961), Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (1961-1962), Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (1962-1963), Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1963-1965), Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (1965-1972), Hakim Mahkamah Persekutuan (1973-1978), Hakim Besar Malaya (1979-1982) dan akhirnya menjadi Ketua Hakim Negara mulai tahun 1982 sehinggalah baginda menjadi Sultan Perak pada tahun 1984. Ketika berusia 37 tahun, baginda merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang paling muda di mana-mana Negara Komanwel dilantik untuk memegang jawatan itu. Di samping itu, baginda pernah berkhidmat dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dari 1966 ke 1980.
Baginda memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan pula. Baginda pernah menjadi Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (1971-1986), Pengerusi Majlis Penasihat Pengajian Tinggi (1974-1976) dan Canselor Universiti Malaya (sejak 1986). Di atas sumbangan baginda dalam bidang pendidikan, baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari University of Singapore pada tahun 1972, Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan dari Universiti Malaya pada 1979, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Sains Malaysia pada 1980, Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari 'alma mater' baginda, University of Nottingham pada 1986, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universitas Gadjahmada Yokyakarta pada 1990, Ijazah Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Brunei Negara Darussalam pada 1990 dan Ijazah Doktor Kehoramt Undang-undang dari University of Cambodia pada 1990.
Paduka Seri Sultan Azlan Shah & Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun sebagai Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong
Ketika remaja, baginda merupakan seorang ahli sukan, dan berminat bermain hoki. Baginda telah memainkan peranan dalam kemajuan sukan hoki melalui kedudukannya sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia dari 1981 ke 2002.
Antara Darjah-Darjah Kebesaran yang telah dikurniakan kepada baginda atas jasa dan khidmat baginda semasa dalam perkhidmatan awam termasuk Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.), Seri Paduka Cura Si Manja Kini Perak (S.P.C.M.), Panglima Mangku Negara (P.M.N.), Panglima Setia Mahkota Malaysia (P.S.M.), Seri Setia Mahkota Malaysia (S.S.M.), dan Seri Indera Mahkota Pahang (S.I.M.P.). Selepas menjadi Sultan Perak, baginda juga dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) dan Darjah-Darjah Kerabat daripada Kelantan, Terengganu, Perlis, Johor, Selangor, Kedah, Brunei, Negeri Sembilan serta Pahang. Apabila dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Kesembilan, baginda telah dikurniakan Darjah Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M.). Baginda juga dianugerahkan Darjah Kebesaran Kehormat Knight Grand Cross of the Order of the Bath (G.C.B.) oleh Baginda Queen Elizabeth, Ratu United Kingdom pada bulan Oktober 1989.
Baginda adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Malaysia.
Dalam proses menaiki takhta kerajaan Negeri Perak, pada tahun 1962, ketika berusia 34 tahun, baginda diangkat menjadi Raja Kecil Bongsu. Pada tahun 1963, baginda dinaikkan pangkat menjadi Raja Kecil Tengah, kemudian menjadi Raja Kecil Sulung dan beberapa bulan sahaja ke pangkat Raja Kecil Besar pada tahun 1978. Pada tahun 1983, Raja Muda Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah mangkat, dan baginda telah dipilih oleh Dewan Negara Perak menjadi Raja Muda. Baginda merupakan penyandang jawatan Raja Muda yang paling singkat kerana dilantik menjadi Sultan Perak dalam tempoh lebih kurang lapan bulan sahaja.
Pada tahun 1984, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, dan akhirnya menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1989 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada bulan April 1994. Semasa menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, putera sulung baginda yang bergelar Raja Muda diangkat menjadi Pemangku Raja sehingga 1994 apabila baginda berangkat balik ke Perak menyambungkan pemerintahan baginda sebagai Sultan, Raja Pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Keluarga Diraja
Hasil perkongsian hidup dengan Raja Permaisuri Tuanku Bainun binti Mohd. Ali sejak 1955, baginda dikurniakan dua orang putera dan tiga orang puteri. Raja Nazrin Shah, putera sulung baginda, telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1987, manakala Raja Ashman Shah telah dijadikan Raja Kecil Tengah pada 1998. Puteri-puteri baginda ialah Raja Azureen, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
**Sumber Portal Raja Kita : http://rajakita.perak.gov.my/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.